Tahun Lalu Menang Anugerah, Michelle Yeoh Kembali Ke Golden Globe Jadi Penyampai
Maliah Surip
05/01/2024 12:55 MYT
05/01/2024 12:55 MYT
Tan Sri Michelle Yeoh kembali ke majlis berprestij yang pernah menjulang namanya sebagai pelakon Malaysia pertama meraih trofi di Golden Globe pada tahun lalu dengan menjadi penyampi pada penganjuran kali ini.
BERITA TRENDING: Rupanya Michelle Yeoh Sambut Cucu, Bukan Anak!
Yeoh sebelum ini dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi pada Anugerah Golden Globe menerusi lakonan berkesannya dalam filem Everything Everywhere All At Once.
Nama bintang kelahiran Ipoh, Perak ini diumumkan sebagai antara barisan penyampai pada pengumuman yang dibuat baru-baru ini.
Selain Yeoh, beberapa nama besar dalam industri Hollywood turut diumumkan sebagai barisan penyampai.
Selain Yeoh, beberapa nama besar dalam industri Hollywood turut diumumkan sebagai barisan penyampai.
Mereka termasuklah Oprah Winfrey, America Ferrera, Daniel Kaluuya, Florence Pugh, Hailee Steinfeld, Issa Rae, Shameik Moore, Simu Liu, Amanda Seyfried, Angela Bassett, Gabriel Macht, George Lopez, Julia Garner, Justin Hartley, Michelle Yeoh, Patrick J. Adams dan Will Ferrell.
BERITA TRENDING: Bakal Menerima Bintang Di Hollywood Walk Of Fame, Ini Maklum Balas Netizen: “Dia Belum Pernah Dapat?”
Golden Globe edisi ke-81 akan dihoskan Jo Koy dijadual berlangsung 7 Januari ini di Beverly Hills, California.
Antara filem yang mendapat pencalonan terbanyak menerusi edisi tahun ini adalah Barbie dan Oppenheimer.