Laman Utama

"Tahun Ni Pencen" - Neelofa Dah Tak Nak Ramal Siapa Juara AJL Tahun Ini?

Amri Hassan
05/03/2022
06:45 MYT
Pengacara popular Neelofa memutuskan untuk 'bersara' daripada membuat ramalan juara Anugerah Juara Lagu tahun ini.
Berkongsi pendiriannya di Twitter, isteri kepada pendakwah popular Haris Ismail itu bagaimanapun secara berseloroh bertanyakan semula ramalan orang ramai untuk anugerah tersebut tahun ini.
"Haha. Tahun ni pencen. Apa ramalan korang?" tulisnya menjawab ciapan netizen terdahulu yang menunggu ramalan Neelofa.
Saban tahun, Neelofa menjadi individu yang membuat ramalan AJL paling tepat menerusi ciapannya di Twitter.
Sejak AJL 2016, Neelofa berjaya meramalkan gelaran juara yang menjadi milik Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah) dan Jampi (Hael Husaini) pada tahun berikutnya.
Kemudian, ramalan Neelofa sekali lagi benar apabila lagu Haram (Hael Husaini & Dayang Nurfaizah) serta Sumpah (Naim Daniel) tepat mengena sasaran.
Namun, ramalan Neelofa tahun lalu yang menyasarkan Semalam sebagai juara meleset apabila pertandingan itu dijuarai oleh lagu Gila (Kaka Azraff, Noki, Loca B).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Uyaina Arshad Kongsi Momen Pertama Kali Jumpa Neelofa & Izara Aisyah - “I Adore Both Women So Much In Many Ways”

gempak
22/07/2024
12:55 MYT
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berkongsi momen pertama kali dia bertemu dengan selebriti dan usahawan Neelofa serta aktres Izara Aisyah.
Hiburan

Artis Remaja Fikry Kiki Nafi Dibela Sugar Mummy Seksi, Modal Bisnes RM600,000 Usaha Keras Sendiri - "Saya Masih Ingat Dosa Pahala"

gempak
18/07/2024
07:50 MYT
Pelakon, penyanyi dan pengacara remaja, Fikry Kiki menafikan tuduhan segelintir pihak mendakwa dirinya dibela oleh 'sugar mummy'.
Hiburan

PU Riz Puji Masakan Neelofa, Nak Anak-Anak Makan Makanan ‘Homemade’ Saja - “Kalau Boleh Memang Nak elak…”

gempak
17/07/2024
00:55 MYT
Usahawan dan selebriti terkenal Neelofa memberitahu suaminya yang juga penceramah bebas iaitu PU Riz atau Haris Ismail lebih gemar anak-anak mereka makan makanan yang dimasak di rumah.
Hiburan

Cara Masak Dikritik Netizen, Neelofa Dah Malas Buat Konten Memasak – “Semua Macam Terpaling Betul”

gempak
16/07/2024
07:25 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Neelofa menyatakan dia berasa malas untuk menghasilkan sebarang konten masakan.
Hiburan

Pembukaan Kedai Pertama Hadiah Istimewa Buat Peminat Neelofa & PU Riz - “Alhamdulillah, Perniagaan Yang Kami Usahakan Mendapat…”

gempak
15/07/2024
11:55 MYT
Pasangan selebriti, Neelofa dan Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz melahirkan rasa syukur apabila impian untuk membuka kedai pertama mereka iaitu Nunha Store tercapai.