Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Taja RM1 Juta Majlis Sanding Fuad & Tom, Ifa Raziah; “Itu Rezeki Mereka, Berangan Nak Buat Wedding Sendiri Tapi…”

Shahrin Zulkifle
06/03/2023 01:00 MYT

Majlis pernikahan pasangan selebriti Fuad Rahman dan Tom yang berlangsung baru-baru ini mendapat perhatian ramai apabila resepsi tersebut ditaja sebanyak RM1 juta oleh pihak Star Vendors.

BACA: Majlis Sanding Tom & Fuad Bernilai RM1 Juta - “Saya Tak Sangka, Niat Nak Buat Sederhana Je”

Menurut Ketua Pengarah Eksekutif Star Vendors yang juga penyanyi dan usahawan, Datuk Ifa Raziah menganggap tajaan tersebut sebagai hadiah dan rezeki buat pasangan itu daripada pihaknya.

Rezeki Fuad & Tom ditaja

Malah Ifa atau nama lengkapnya Saripah Raziah Mustapha, 47, turut berkongsi detik ketika pertama kali bertemu pasangan itu untuk menawarkan tajaan buat persandingan mereka.

“Ini sebenarnya rezeki buat Fuad dan Tom. Niat asal saya memang nak buat wedding di acara Star Vendors, cumanya tak tahu wedding siapa yang nak dilangsungkan. Berangan nak buat wedding sendiri tapi macam lambat lagi.

“Dalam pada membuat penyedian acara Star Vendors dan dalam masa sama memikir juga siapa yang akan bersanding, tiba-tiba dengar khabar Tom dan Fuad ingin bernikah. Kemudian nak dijadikan cerita saya jumpa mereka di sebuah konsert di Singapura.

“Secara jujur saya tak kenal pun mereka, pertama kali jumpa dan offer mereka untuk sanding di acara saya. Saya terus cakap nak sponsor persandingan mereka. Saya beritahu dengan Tom dan Fuad, alang ada acara Star Vendors bersandinglah secara besar-besaran terus. Mereka bersetuju, saya gembira sangat,” katanya kepada Gempak.

Ifa berkata demikian usai majlis persandingan Fuad dan Tom yang berlangsung di acara Foodstival anjuran Star Vendors yang diadakan di Pasir Gudang, Johor pada Ahad.

Star Vendors kongsi rezeki

Sudah menganggap pasangan itu sebagai adik beradik, Ifa dalam masa sama mengingatkan Tom dan Fuad bahawa tanggungjawab mereka semakin besar terutama dari segi punca pencarian. Oleh itu, dia mengajak mereka untuk menyertai jelajah Star Vendors untuk menjana pendapatan.

“Saya nasihatkan mereka apabila bergelar suami isteri perlu saling memahami, tanggungjawab semakin besar untuk digalas, punca pencarian pun perlu ditingkatkan. Jadi saya ajak mereka ikut road tour Star Vendors di seluruh Malaysia, saya ajak mereka untuk berniaga bagi jana pendapatan.

“Dengan cara sama juga saya kumpulkan para artis, usahawan dan mana-mana vendors untuk sama-sama join Star Vendors. Ini merupakan platform yang sangat baik untuk memperkenalkan produk-produk mereka di pasaran. Inshallah ke next level, sama-sama kongsi rezeki. Konsep saya what you give, you get back,” katanya lagi.

Rekod baru Star Vendors

Mengulas mengenai persandingan pasangan mempelai berkenaan, pelantun lagu Miss Diva itu menjelaskan resepsi sedemikian merupakan yang pertama kali diadakan di Star Vendors.

“Perkahwinan Tom dan Fuad merupakan yang pertama kali kami buat di Star Vendors, dalam sejarah team. Kami memang sentiasa ingin tampil dengan kelainan dan selalu memperbaharui tema di setiap lokasi. Memang tujuan kami untuk buat macam-macam konten, macam-macam pengisian.

“Pengunjung yang datang pun tidak bosan kerana mereka dapat pelbagai pengisian setiap kali datang ke Star Vendors. Paling best masuk free je, enjoy la habis-habisan di Star Vendors,” tambahnya.

#Ifa Raziah #Star Vendors #Tom #Fuad Rahman
;