Hiburan
Tajul Janji Akan Jelaskan Siapa Wanita Hamil Yang Didakwa Isteri
Penyanyi Tajul Ariff, mohon diberi ruang untuk menjelaskan mengenai penyebaran fotonya bersama seorang wanita sarat hamil yang didakwa isterinya.
Menerusi laporan Harian Metro, Tajul memberitahu dia akan menjelaskan semua perkara sebenar pada satu majlis sidang akhbar dalam waktu terdekat ini.
“Saya perlukan ruang dan mohon hormati keputusan ini. Saya akan jelaskan segalanya tidak lama lagi.
“Apa yang boleh saya kata, banyak hati perlu dijaga. Kini saya perlukan ruang dan masa untuk selesaikan urusan lebih penting.
“Sebaik sahaja urusan paling utama ini diselesaikan, saya akan membuat sidang media segera bagi menjelaskan perkara sebenar. Saya minta maaf,” katanya.
Pada Jun tahun lalu, nama Tajul pernah menjadi kontroversi apabila dikatakan sudah melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis dikenali sebagai Nurul Syamieza Eddie.
Bagaimanapun Tajul menafikan perkara tersebut.