Tajul Tangguh Kerja Demi Isteri – “Saya Kena Sentiasa Ada Disisi Isteri Kerana Bila-Bila Masa Sahaja Dia Akan Bersalin…”
Fiza Kamarudin
04/05/2021 12:45 MYT
04/05/2021 12:45 MYT
Penyanyi Tajul Ariff mengakui telah menangguhkan beberapa projek nyanyian dan memperlahankan aktiviti perniagaannya demi isteri tercinta, Nurul Shamieza Eddie.
Menurut Tajul, isterinya kini sedang sarat hamil sembilan bulan dan bakal bersalin pada bila-bila masa sahaja.
“Saya ambil keputusan untuk menangguhkan semua kerja kerana mahu sentiasa berada di sisi. Kalau keluar bekerja pun macam hari ini, saya tidak keluar lama-lama kerana bimbang dengan keadaan isteri.
“Bila-bila masa sahaja isteri saya akan bersalin. Kalau ada di luar rumah lama-lama pun fikiran ini asyik teringat pada dia. Risau!
“Apa pun saya harap urusan kami untuk menyambut anak kedua ini dipermudahkan,” katanya yang memilih untuk tidak mendedahkan jantina bayi kedua mereka.
Dalam pada itu Tajul berkata kehamilan kedua ini merupakan cabaran buat isterinya kerana terpaksa melahirkan anak tanpa kehadirannya disisi kerana pandemik Covid-19.
“Memang agak mencabar buat isteri dan saya juga kerana tidak dapat bersama saat kelahiran anak kedua kami.
“Yang saya tahu, prosedur untuk kemasukan wad pada musim Covid-19 ini semua pesakit diwajibkan melakukan swab test.
“Saya berdoa agar semuanya dipermudahkan dan berharap agar ibu dan bayi berada dalam keadaan baik dan sihat-sihat sahaja,” katanya yang ditemui ketika Majlis Berbuka Puasa FMC Music di EQ Hotel, Kuala Lumpur pada Isnin.
Dalam perkembangan lain, penyanyi Izinkan Aku ini hanya mahu memberi fokus kepada keluarganya terlebih dahulu.
“Biarlah semuanya selamat dahulu lepas tu baru saya sambung kerja. Saya mahu fokus kepada keluarga dulu,” katanya.
Tajul dan Shamieza mendirikan rumah tangga pada pada 2018 dan dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Adriana Carissa, 2 tahun.