"Tak Ada Adab Ke?" - Netizen Kecam Haqiem Rusli Pakai Cermin Mata Hitam, Airpods Ketika Ziarah Rumah Asnaf
Kamaruddin Razal
02/12/2018 20:56 MYT
02/12/2018 20:56 MYT
Nama penyanyi berbakat besar Haqiem Rusli sekali lagi menjadi sebutan di laman sosial Twitter.
Sabtu lalu, menerusi program GPH Kongsi Rezeki anjuran Hot FM bersama Lembaga Zakat Selangor, penyampai radio Ajak Shiro bersama dua orang artis undangan, Aizat Amdan dan Haqiem berkunjung ke rumah seorang asnaf di Rawang, Selangor yang dikenali sebagai Abang Zul.
Stesen radio terbabit berkongsi foto sekitar lawatan tersebut di laman Twitter milik mereka dan penampilan Haqiem di program lawatan itu telah menjadi pertikaian peminat.
Memakai kaca mata hitam dan 'airpods' ketika menziarahi rumah Abang Zul, rata-rata netizen berpendapat penampilan Haqiem tidak kena dengan acara yang dihadirinya.
Warga Twitter mula menyelar penampilan pelantun lagu Tergantung Sepi itu dan berpendapat Haqiem sepatutnya menanggalkan terlebih dahulu cermin mata hitam serta 'airpods' miliknya sebelum menziarahi rumah seseorang.
Namun begitu, terdapat segelintir netizen yang bersikap husnuzon dengan kejadian terbabit.
Ada juga peminat Haqiem yang tampil mempertahankan penyanyi kesayangan mereka.
Dalam perkembangan lain, lagu nyanyian Haqiem Rusli bersama Aman RA, Jatuh Bangun bakal bersaing di Anugerah Juara Lagu ke-33 pada Februari tahun hadapan.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.