“Tak Ada Apa Yang Serius, Bahagia Sangat” - Amyza Aznan
Mya Amri
30/12/2021 05:54 MYT
30/12/2021 05:54 MYT
Pelakon versatil, Amyza Aznan memaklumkan hal rumah tangganya bersama suami, Khairil Idzhar Md Nazir berada dalam keadaan baik.
Amyza ketika dihubungi Gempak berkata tidak ada apa yang serius dan bahagia melayari bahtera.
“Jangan risau semua okay sahaja. Tak ada apa-apa yang serius tentang perkahwinan saya. Bahagia sangat,” katanya.
Terdahulu, Amyza menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya memuat naik gambaran yang mencetuskan tanda tanya.
“Bertahun kak Kaaia simpan rahsia ini. Pendam segala sedih, kecewa tetapi tidak putus asa. Ingat... setiap perkahwinan ada dugaan.
“Sabar... sabar... sabar... sabar tanpa menzalimi atau menganiaya sesiapa pun TERUTAMA suami atau isteri atau pun anak-anak.
“Setiap malam tidak putus doa tanpa putus asa. Kerana Allah mahu kita merayu dan terus berdoa tanpa putus asa.
“Akhirnya... 2/01/2022 mereka akan disatukan. Alhamdulillah. Yang pasti setiap ujian Allah itu sangat besar kasih sayang dan rahmatnya untuk kita hamba yang selalu leka,” coretnya.
Menerusi satu hantaran lagi, Amyza juga turut memuat naik foto surat nikah yang memaparkan tarikh nikah iaitu 2 Januari 2022.
“Confirm,” tulisnya ringkas.
Bagaimanapun Amyza telah menutup ruangan komen untuk kedua-dua hantaran berkenaan.
Amyza menjaga suaminya yang mengalami lumpuh selepas diserang angin ahmar sejak dua tahun lalu.
Suaminya mengalami 'mild stroke' di seluruh anggota badan bahagian kiri dari kepala sehingga kaki.
Amyza dan Khairil berkahwin pada 2004 dikurniakan tiga cahaya matai iaitu Andre Mikhail, 18, Andrian Adam, 15, dan Ayden Andika, 9.