“Tak Ada Apalah…Kereta Tu Untuk Memudahkan Urusan Harian Isteri, Lagipun Berbaloi Dengan Pengorbanan Dia Selama Ini…” – Achey

Fiza Kamarudin
Mac 19, 2022 05:40 MYT

Penyanyi dan pelawak Achey mengakui menghadiahkan sebuah kereta mewah jenama Mercedes-Benz, sempena ulang tahun kelahiran isteri tercinta.

Achey berkata, tujuan dia menghadiahkan kereta tersebut adalah untuk memudahkan urusan harian isterinya.
Tambah Achey lagi, anak mereka Tiara juga sudah besar dan mahu mencari kereta yang lebih sesuai untuk keselesaan anaknya itu.
“Sebenarnya saya pun tidak sangka orang akan bercakap mengenai perkara ini. Kereta tersebut memang saya niat untuk hadiah pada hari lahir isteri saya. Tetapi saya fikir lama pula nak tunggu.
“Tujuan saya hadiahkan kereta tersebut adalah untuk memudahkan urusan harian isteri seperti menghantar dan ambil anak sekolah. Tiara pula dah semakin membesar, saya fikir kami perlukan kereta yang lebih sesuai.
“Kereta lama dua pintu, kereta ini ada empat pintu dan lebih luas sedikit. Nilai kereta itu tidaklah sebesar mana kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan isteri sepanjang kami hidup bersama. Berbaloilah untuk dia,” kata Achey.
Dalam pada itu, Achey tidak malu untuk mengakui kereta tersebut merupakan kereta terpakai dan dibeli melalui pinjaman bank.
“Saya tak malu nak mengaku ia kereta second hand. Buat apa nak malu, itu cerita benar. Kereta itu saya beli dengan pinjaman bank, masih kena bayar hutang bulan-bulan.
“Cuma satu cerita yang tidak betul iaitu mengenai kereta lama saya Audi TT yang dikatakan berharga RM285,000. Salah tu, mungkin mereka quote harga model baru kereta tu.
“Kereta saya model 2008, mana datang harga tu…Solek je nampak baru” katanya ketawa.
Isteri Achey, Hasanah atau lebih dikenali sebagai Anne baru-baru ini berkongsi di laman sosial Instagram mengenai kejutan yang dibuat suaminya itu.

#Achey #Isteri #Mercedes Benz