Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Tak Ada Bag Ni Tak Nak Kawan! Netizen - “Cerita Betul Ke Atau Sejenis Lapar Perhatian Ni? Mengarut Je”

Mya Amri
24/03/2022 14:55 MYT
Seperti ramai yang sedia maklum sesi persekolahan bagi murid sekolah rendah telah pun bermula.
 
Pebagai ragam menarik dapat dilihat termasuklah dari ibu bapa hinggalah ke anak-anak.
 
Namun satu perkara yang menarik perhatian netizen adalah kisah tentang beg berjenama Smiggle yang menjadi viral.
 
Menerusi beberapa perkongsian viral di media sosial, difahamkan ada anak-anak yang disisihkan oleh rakan-rakan hanya kerana tidak memiliki bag berjenama itu.

Perkara itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terkejut dengan perangai anak-anak kecil zaman sekarang sangat berbeza.
 
Bukan itu sahaja, walaupun masih kecil mereka juga sudah tahu memilih jenama tertentu dan menilai persahabatan menerusi barangan yang dibawa.
 
Berikut merupakan antara reaksi netizen.


Bagaimanapun ada juga yang mendakwa status tersebut hanya direka untuk mendapatkan perhatian ramai.

Netizen juga mengatakan berkemungkinan ini adalah gimik ‘murahan’ yang dilakukan sesetengah penjual untuk melariskan jualan.

 
#Viral #Netizen #Budak Sekolah #smiggle #Viral Bag Smiggle