Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Tak Ada Declare ‘Kita Couple Jom”, Sedar Sendiri Je…”-Haziq Hussni Imbau Perkenalan Dengan Isteri

Syafiqah Jalal
14/01/2020 07:06 MYT
Pengacara Haziq Hussni menyambut ulang tahun perkenalan yang ke-8 bersama isterinya, Ayunda Putri pada 12 Januari lalu.

Mengimbau kembali kenangannya ketika mula berjumpa dengan bersama Putri, Haziq memberitahu cinta berputik secara semula jadi dan tanpa diduga.

“Mula kenal pada 12 Januari 2012 dan kami hanya panggil dan menggelarkan diri sebagai saya dan awak sahaja.

“Bila sudah mula rasa macam suka dan sayang. Auto rasa ya. Tak ada ‘declare’ cakapa ‘kita couple jom’, sedar sendiri sahaja.

“Masa tu mula panggil dengan gelaran geli sedikit iaitu ‘hubby’ dan ‘baby’ tapi masa tu dah matang sedikit panggil Habi dan Ibi.

“Jadinya, hari ini genap lapan tahun kami kenal. Bukan anniversary kahwin tau. Ni kira friendiversary la. Love you sayang,” tulisnya.

Haziq berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia mengimbas foyo mereka berdua ketika mula perkenalan.

Haziq mendirikan rumah tangga pada Julai 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.


12/1/2012-12/1/2020-forever Mula kenal 12/1/2012 dulu panggil saya-awak jee. Tapi slang jakarta Putri kuat masa tu. Ada la jugak guna aku-kamu. Rasanya takpenah panggil kau kau. Tah cane tah lama-lama tu tukar panggil pakai nama Haziq-Putri. Lama gak kitorang panggil pkai nama sebab kitorang kawan lama kann. Bila dah start rasa cam suka & sayang. Auto rasa eh. Takdenya declare2 'kita couple jomm'. Sedar sendiri je. Start la kami pakai gelaran geli sikittt hby-bby ? Masa tunang dah matang sikit panggil habi-ibi. Walaupun takde la matang mana. Pernah laa nak try pakai i-you tp cam takleh. Cam awkward. So, sampai skrg 12/1/2020 kami pakai gelaran yg sama habi-ibi. Sampai anak2 pun dok panggil aku habi habi. Penat aku ajar panggil daddy. Mama korang pandai panggil plak! Jadinya harini genap 8 tahun kitorang kenal. Bukan anniversary kahwin tauu. Ni kira friendversary laaa ? Love you sayang @ayundaputrii ❤️ Korang yg couple, tunang, dah kahwin tu panggil pasangan korang apa? Cuba share aku nak tgk. Mana tau ada yg yg pelikkk ?

A post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm) on

#Bercinta #Kahwin #Kahwin #Isteri #Haziq Hussni