Surprise! Astro hari ini melancarkan Ultra Plug & Play Box yang terbaharu, di mana ia menawarkan pelanggan dengan pengalaman tontonan tanpa gangguan kepada program-program tempatan dan antarabangsa tanpa menggunakan piring satelit.

Menariknya, Ultra Plug & Play Box baharu ini membenarkan pelanggan melakukan pemasangan secara sendiri.

Selain itu pelanggan juga boleh menikmati ciri-ciri Ultra Box menerusi Rakaman Awan atau ‘Cloud Recording’, menggunakan fungsi ‘Play from Start’ dengan hanya menyambungkan Ultra Plug & Play Box anda ke TV dan internet untuk terus menonton program-program kegemaran anda.

Menurut Pengarah Komersial Astro, Azlin Arshad, Ultra Plug & Play Box ini direka berdasarkan maklumbalas diterima dari pelangan yang inginkan perkhidmatan mudah untuk dipasang dan mampu menawarkan pengalaman tontonan secara berterusan tanpa sebarang gangguan yang dicetuskan oleh keadaan cuaca.

“Pelanggan kami berhak mendapat pengalaman tontonan terbaik dari kami. Justeru, kami komited untuk sentiasa menambahbaik pengalaman mereka.

“Dengan itu kami menawarkan satu pengalaman perjalanan yang lebih ringkas, demi memudahkan pelanggan untuk membeli dan menikmati produk yang ditawarkan.

“Oleh kerana kotak ini disambungkan secara terus dengan internet, dan bukannya piring satelit, ia dapat membantu mengatasi masalah gangguan siaran ketika hujan.

“Kotak terbaharu ini hadir dengan video panduan ringkas yang memudahkan pelanggan untuk membuat pemasangan sendiri pada bila-bila masa sahaja.

“Terdahulu, kami telah melaksanakan kajian percubaan-pasaran untuk kotak ini dan sebanyak 87% dari pelanggan kami berpuas hati dengan kaedah pemasangan sendiri ini dan keseluruhan proses memasang Ultra Plug & Play Box, kerana langkah-langkah yang perlu diikuti adalah sangat mudah dan ringkas,” jelasnya.

Kotak pemasangan sendiri Ultra Plug & Play Box ini dilancarkan tepat pada masanya ketika negara sedang berdepan dengan fasa ‘lockdown’ atau perintah kawalan pergerakan di mana rata-rata pelanggan memilih untuk mengurangkan kehadiran pemasang ke kediaman masing-masing.

Kotak baharu dan Kad SIM Astro akan dihantar kepada pelanggan menerusi perkhidmatan kurier dan setiap komponen dipek bersama dengan langkah-langkah panduan pemasangan yang mudah untuk pelanggan mengaktifkan perkhidmatan ini sendiri.

Dalam pada itu, sementara menantikan Ultra Plug & Play Box untuk sampai ke kediaman masing-masing, pelanggan boleh mengaktifkan langganan mereka menerusi aplikasi Astro GO dan nikmati sajian yang sewajarnya dengan perkhidmatan pra-akses Astro GO.

Ultra Plug & Play Box bertindak lebih menarik jika digandingkan bersama dengan perkhidmatan Astro & Broadband untuk mendapatkan nilai yang lebih hebat, dengan hanya satu bil untuk kesemuanya.

Pelanggan Astro yang baru boleh mendaftar menerusi Super Pack Lite, dengan kelajuan internet sebanyak 100 Mbps dan nikmati rebat sehingga RM45 pada setiap bulan.

Manakala pelanggan Super Pack Lite yang sedia ada pula, anda boleh menambah lagi 100 Mbps perkhidmatan jalur lebar anda dengan hanya RM89/ sebulan.

Pengaktifan Ultra Plug & Play Box adalah percuma untuk semua pelanggan Broadband yang melanggan pada mana-mana pek Astro.

Pelanggan Ultra Plug & Play Box boleh nikmati tontonan 4K UHD, strim sehingga 65 ribu video di on demand dengan Rakaman Awan, dan menggunakan fungsi ‘Play from Start’.

Anda boleh nikmati sajian kandungan yang sama seperti di saluran-saluran TV anda, yang kini boleh didapati menerusi perkhidmatan jalur lebar masing-masing. Strim acara sukan terhebat seperti Sukan Olimpik 2020, Liga Perdana dalam kualiti 4K HDR.

Malah drama-drama Melayu terkini seperti Love Elsa dan Ratu Ten Pin di Astro Ria, serta episod terbaharu Gossip Girl dan drama bersiri Korea, The Devil Judge di juga di disiarkan di On Demand.

Pengaktifan Ultra Plug & Play Box adalah percuma untuk pelanggan sedia ada yang melanggan perkhidmatan lebih dari RM100 pada setiap bulan.

Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai harga perkhidmatan ini:


Pelanggan boleh mendaftar perkhidmatan Ultra Plug & Play Box di https://product.astro.com.my/tv atau WhatsApp kami di 03 9543 3838 dan taip GET PNP .