Pelakon Ifa Raziah akui punyai cara tersendiri untuk menarik pelanggan berkunjung ke festival beli-belah anjurannya, Star Vendor Festival.

Kata Ifa, caranya tidak akan mengulang konsep festival lain sebelum ini namun akan tetap memberikan imbuhan berupa wang tunai kepada pengunjung bertuah.

"Saya punyai cara tersendiri untuk menarik pengunjung ke Star Vendor Festival, gimik ini tak akan ulang gimik festival lain.

"Saya kira duit depan-depan pengunjung, masukkan dalam angpau dan hadiahkan terus kepada pengunjung bertuah," katanya kepada Gempak.

Tambah Ketua Pengarah Eksekutif Star Vendor Festival itu lagi, pihaknya menyasarkan 2.5 juta pengunjung datang ke festival beli-belah itu.

"Festival ini akan berlangsung selama 72 jam tanpa henti dan menyasarkan kutipan jualan RM10 juta.

Sementara itu, kata Pengarah Pemasaran dan Komunikasi PWTC, Intan Tantiyana Puteri Jaafar, yakin Star Vendor Festival mampu menarik pengunjung berdasarkan pengaruh Ifa.

"Ini platform terbaik untuk para peniaga tidak kira artis ataupun vendor meraih keuntungan sempena kedatangan Ramadan dan Syawal.

"Tambahan, pengunjung boleh berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan artis kesayangan mereka yang berniaga di booth masing-masing," tambahnya.



PWTC menjadi lokasi tumpuan setiap kali tibanya musim perayaan memandangkan sering dianjurkan festival beli-belah saban tahun.

Manakala, pada tahun ini Star Vendor Festival mengambil alih dan akan diadakan selama 72 jam bermula 24 hingga 26 Mei 2019.

Sebanyak 453 buah booth dibuka termasuk 36 produk selebriti seperti Anuar Zain, Datuk Rosyam Nor, Datuk Aznil Nawawi, Datuk Fizz Fairuz, Erra Fazira, Tya Ariffin dan ramai lagi.



Star Vendor Festival ditaja oleh Nuc Car dan penaja bersama, Neffos.