Hiburan

"Tak Ada Jodoh Sebagai Suami Isteri Tetapi Teruskan Bersahabat Demi Anak-Anak" - Norman Hakim Kongsi Cerita Cerai Dengan Abby Abadi

gempak
Amri Hassan
17/07/2019
07:50 MYT
Sponsor Banner
"Tak Ada Jodoh Sebagai Suami Isteri Tetapi Teruskan Bersahabat Demi Anak-Anak" - Norman Hakim Kongsi Cerita Cerai Dengan Abby Abadi
Pelakon Norman Hakim akui pengalaman melalui proses perceraian dengan bekas isteri, Abby Abadi lebih 10 tahun lalu sedikit sebanyak mematangkannya.
Jelas Norman, banyak perkara yang dipelajari sepanjang tempoh itu termasuk soal jodoh dan rezeki.
"Kami berkahwin pada 2003 dan berpisah sekitar 2008.
"Banyak yang kami belajar daripada pengalaman dan tempoh usia itu mematangkan saya sebagai seorang manusia. Kita perbaiki titik kelemahan.
"Apabila Allah memberikan saya peluang kedua sebagai ketua keluarga, walaupun bukan lagi suami isteri dan tiada jodoh bersama kami (Abby), kami masih teruskan hubungan sahabat demi anak-anak," kata Norman menerusi rancangan Famili Firdaus yang disiarkan di Astro Oasis.
Hal sama turut diakui Abby yang melihat perceraian dengan Norman antara ujian terbesar dalam hidupnya.
"Allah uji kita sebab sayang. Pada 2008 bagi saya antara ujian terbesar dalam hidup dan Allah nak saya dekat dengan Dia.
"Ketika itu saya tiada kesedaran besar tentang kehidupan.
"Bagi saya, apa yang kita buat jangan tinggalkan Allah," jelasnya.
Sepanjang perkongsian hidup, Norman dan Abby dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohd Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live