Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

Gempak
21/11/2024 14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.

Takut bosan belajar seorang

Pekerja swasta, Siti Nur Fatihah Mohd Zamri, 27, berkata, ibunya membuat keputusan itu apabila dia menyuarakan tidak mempunyai rakan bagi menyambung pelajaran.

"Saya habis Tingkatan Enam terus bekerja. Ibu sudah lama pujuk untuk sambung belajar, tapi saya asyik tolak sebab sudah bekerja pada usia 19 tahun, malas dan lebih selesa cari duit pada umur yang masih muda.

"Lama ibu pujuk, masa tahun 2019 tu saya beritahu ibu. Saya tak nak sambung belajar sebab tak ada kawan dan takut cepat bosan belajar seorang.


"Ibu pun cakap, tak apalah, ibu sambung belajar jadi kita sama-sama belajar, tak adalah bosan. Jadi, semua bermula daripada itu," katanya seperti dilapor Sinar Harian pada Rabu.

Tambah Fatihah, dia dan ibunya yang juga penjawat awam, Sirawati Rahimin, 46, menyambung pelajaran tersebut secara separuh masa di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

ARTIKEL BERKAITAN:“Dia Kata Nak Jadi Artis Baik Tak Payah Belajar” - Pernah Diperlekeh, Hazeman Huzir Nasihat Jangan 'Give Up' Kejar Cita-Cita

ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Paksa Cuma Harap Dia Boleh Handle” - Kazar Tak Pernah Halang Ira Jadi Penyanyi, Siap Ada Effort Belajar Main Gitar

ARTIKEL BERKAITAN:“Rumah Tangga Saya Baru Setahun Jagung, Banyak Belajar Selepas Kahwin” - Neelofa

ARTIKEL BERKAITAN:Kisah Wanita Perancis 53 Tahun Menetap Di Terengganu Cetus Inspirasi - "Saya Belajar Bahasa Melayu, Kahwini Anak Imam & Kini Genggam PhD Pada Usia 80 Tahun"

ARTIKEL BERKAITAN:Pecahkan Rekod Larian 100 Meter, Anak Rita Rudaini Dipuji Cemerlang - "Hebat! Main Bola Pandai, Belajar Pun Bijak"

Rakan terkejut lepas tahu status mereka ibu anak

Ujarnya, rakan sekelas pada mulanya terkejut apabila mengetahui status mereka berdua adalah ibu dan anak.

"Mereka terkejut kerana tidak pernah jumpa mak dan anak pergi kelas sama-sama.

"Kami bukan hanya satu kelas, duduk pun sebelah menyebelah. Alhamdulillah untuk nikmat ini," katanya.


Sumber: SINAR HARIAN
#Anak #Ibu #Belajar #UiTM #Sambung Belajar
;