Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Tak Ada Kerja, Tak Mampu Bayar Kereta, Abah Belajar Buat Roti Canai,” Siti Sarah Kongsi, Tak Pernah Hidup Mewah

Mya Amri 25/03/2021 | 04:16 MYT
Penyanyi Siti Sarah berkongsi kisah suka duka kehidupannya sebelum berjaya bergelar usahawan.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Sarah mengimbas kembali nostalgia perjalanan hidupnya membesar di sebuah pangsapuri di Keramat.
Menurut Sarah, dia bukanlah hadir dari keluarga yang senang dan untuk mencapai hingga tahap hari ini semuanya adalah kerana hasil usaha kerja keras.
“Sebak rasa bila jejak balik tempat Sarah dibesarkan dulu. 22 tahun Sarah dibesarkan kat sini. Mungkin ada yang tahu dan ada juga yang tak tahu Sarah sebenarnya dibesarkan di Keramat. Ni la cerita suka duka Sarah.
“Ini lah sekolah, tempat mengaji, tempat main, semua dekat dengan rumah ni. Awal-awal jadi artis pun ni lah tempat Sarah tinggal, semuanya bermula dari bawah. Mana ada terus hidup senang, semua kena ada usaha,” tulisnya.

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Malah kongsi Sarah, bapanya juga pernah menjual roti canai untuk menampung hidup mereka sekeluarga.
“Sarah ingat lagi zaman Malaysia ada krisis kewangan tahun 1997, walaupun abah Sarah seorang anak seni, abah juga terkena tempiasnya.
“Tak ada kerja langsung, mengarah ataupun berlakon, sampaikan kami dah tak mampu nak bayar kereta.
“Kerana tanggungjawab yang besar hilang rasa malu, abah pergi belajar buat roti canai,” kongsinya.
#Siti Sarah #Siti Sarah Raissuddin #Jual #Roti #Usaha Tangga Kejayaan #Canai #Tak Pernah Hidup Mewah
;