“Tak Ada Maid, Terkial Jugak” - Sari Yanti Akui Jaga Anak-Anak & Kemas Rumah Sendiri
Azwa Rahman
08/06/2021 11:40 MYT
08/06/2021 11:40 MYT
Pelakon Sari Yanti mendedahkan dirinya tidak mempunyai pembantu dalam menolongnya menguruskan hal-hal rumah tangga.
Menerusi laman sosial Instagram, Sari menjawab soalan-soalan yang diutarakan oleh pengikutnya menerusi fungsi soal jawab di IG Story.
Menurutnya, dia masih belajar dalam menguruskan rumah tangga dan anak-anak serta masih terkial-kial kerana tidak mempunyai pembantu rumah.
Malah, Sari turut menjelaskan dia ada menerima bantuan daripada seorang wanita yang menjaganya sewaktu dalam tempoh berpantang.
Sari yang kini sedang menjalani hari ke-21 berpantang melahirkan bayi ketiganya bersama pelawak Jep Sepahtu pada 15 Mei lalu.
Sekadar info, Sari mendirikan rumah tangga dengan Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri bin Zainal Abidin pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Dariya Inara, 3, dan Muhammad Khidir, 11 bulan.
Sari sebelum ini juga mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq hasil daripada perkahwinan terdahulu bersama bekas suami Mohd Eddy Casmady Che Hussien.