"Tak Ada Masalah En Safiey, Kamu Pergilah Jumpa Sesiapa Sahaja" - PU Syed

ZULHILMI JALIL
Julai 16, 2020 10:26 MYT
Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed memberitahu bahawa dia tidak kisah sekiranya usahawan kosmetik, Safiey Illias enggan bertemu dengan mana-mana individu bergelar PU termasuk dirinya.
Menurut PU Syed, sebelum ini, dia bertindak menawarkan Safiey untuk bertemu dengannya selepas usahawan tersebut mencabar mana-mana pendakwah untuk bersua muka.
"Dulu mantan mufti @drzulkifli.albakri pernah juga jemput kamu untuk bertemu, namun kamu tak juga mahu pergi dengan pelbagai alasan.
"Bila kamu cabar untuk mana-mana PU jumpa dan bersemuka dengan kamu, maka ambe (saya) tawarkan untuk kamu dan Sajat datang ke Ipoh, namun alasan yang sama tak mahu jumpa.
"Dengan alasan kami ni hanya cari publisiti, wah mantap sungguh alasan ni. Tak ada masalah En. Safiey, kamu pergilah jumpa sesiapa sahaja," tulisnya menerusi satu entri di Instagram.
Menurut PU Syed, teguran yang dibuat selama ini tidak mempunyai niat lain selain hanya menjalankan tugas sebagai seorang pendakwah.
"Kamu seorang lelaki maka kembalilah ke dunia lelaki walaupun payah dan susah, kerana ianya juga adalah jihad dalam hidup kamu.
"Saya akan terus menegur sesiapa sahaja, tak kira mereka ada nama atau tidak ada nama di dalam masyarakat, kerana itu tugas seorang pendakwah," luahnya.
Terdahulu, Safiey menyatakan pendiriannya untuk tidak mahu berjumpa dengan mana-mana individu bergelar PU.
Sebaliknya, usahawan itu hanya mahu bertemu dengan penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew untuk membimbingnya.
BACA: Ubah Keputusan.. Tak Mahu PU, Safiey Pilih Ebit Lew
BACA: "Jadilah Seperti Ebit Lew" - Safiey Illias Bersedia Jumpa Mana-Mana Pendakwah
Sebelum ini, PU Syed turut menjemput Safiey untuk berjumpa dengannya.
BACA: “Jangan Samakan Saya Dengan Ebit Lew Jika…”- PU Syed Ajak Safiey & Sajat Bersemuka
#Pendakwah #Safiey Illias #PU Syed