Mee kuning memang susah kalau mahu disimpan lama. Apatah lagi kalau ada di dalam peti sejuk, mesti sudah agak keras dan tidak begitu sedap untuk dimasak. Tapi kami ada cara terbaik untuk anda menggantikan mee kuning dengan spageti.



Spageti memang mudah disimpan kerana ianya dibungkus kering. Hanya bila mahu digunakan, baru kita masak spageti tersebut. Jadi kami kongsikan cara untuk membuat spageti goreng menggunakan Perencah Mee Goreng Adabi.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Spageti (direbus terlebih dahulu)
Perencah Mee Goreng Adabi
Bawang putih (dicincang)
Lobak merah (dihiris nipis)
Udang (dibersihkan)
Cili hijau dan merah (dihiris nipis)
Tomato (dihiris nipis)
Sedikit minyak untuk menggoreng



Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali.



Bila minyak panas, masukkan bawang putih.



Kemudian masukkan udang. Anda juga boleh masukkan bahan-bahan kesukaan anda yang lain seperti sotong, ayam dan sebagainya.



Masukkan hirisan lobak merah. Selain lobak merah, apa juga sayur-sayuran yang menjadi kegemaran anda dan keluarga juga boleh dimasukkan seperti kacang panjang, bunga kobis dan lain-lain sayuran lagi.



Kacau sebentar dan masukkan Perencah Mee Goreng Adabi. Perencah Mee Goreng Adabi ini mempunyai pelbagai bahan-bahan segar untuk menjadikan mee goreng anda sungguh enak.



Selepas anda masukkan Perencah Mee Goreng Adabi, pastikan anda gaul rata-rata.



Kemudian masukkan spageti. Kacau sehingga sebati.



Masukkan cili hijau dan cili merah.



Akhir sekali, masukkan hirisan tomato. Gaul hingga rata.



Spageti Goreng anda siap untuk dihidangkan.

Anda juga boleh tonton video ini.