Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Tak Ada Melibatkan Orang Ketiga" - Eyra Hazali Dedah Dugaan Bertunang

Amri Hassan 09/07/2019 | 09:20 MYT
Resam darah manis, pelakon Eyra Hazali akui pernah beberapa kali berdepan krisis dengan tunangannya, penjaga gol skuad bola sepak bawah 23 tahun negara, Muhammad Haziq Nadzli.
Bagaimanapun kata Eyra, 20, dugaan itu hanyalah ujian sebagai pasangan bertunang malah perkara sedemikian merapatkan hubungan mereka berdua.
"Alhamdulillah tak ada dugaan melibatkan orang ketiga. Semuanya disebabkan diri kami sendiri.
"Maksudnya daripada segi persiapan perkahwinan. Dia di Johor dan saya di Kuala Lumpur, kadang-kadang ada miscommunication tambah-tambah apabila masing-masing sibuk.
"Jadi, ada masanya kita tak dapat jawapan untuk siapkan sesuatu urusan, biasalah gaduh-gaduh sikit," katanya kepada Gempak.
Tambah Eyra sehingga kini persiapan menjelang hari bahagianya sudah hampir 90 peratus.
"Setakat ini 90 peratus sudah siap. Semua sudah ditempah tinggal nak melangsungkan majlis sahaja," ujarnya.
Eyra dan Haziq bakal disatukan pada hujung tahun ini namun kedua-duanya masih merahsiakan tarikh perkahwinan mereka.
Pasangan itu telah bertunang pada 1 Disember 2018 selepas setahun bercinta.
Dalam perkembangan lain, Eyra muncul menerusi drama bersiri 80 episod adaptasi sinetron Indonesia Puteri Yang Ditukar bergandingan dengan Elisya Sandha, Ikmal Amry dan Julia Farhana.
Puteri Yang Ditukar mula disiarkan pada hari ini, 9 Julai 2019 setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 6 petang di saluran Astro Prima dan Prima HD.
#Tunang #Eyra Hazali #Puteri Yang Ditukar #Haziq Nadzli
;