“Tak Ada Niat Nak Mainkan Perasaan” MK Perjelas Isu Video Berpelukan Dengan...
Penyanyi rap daripada kumpulan K-Clique, MK tidak mahu mengeruhkan keadaan berhubung satu video viral memaparkan aksi mesranya sedang berpeluk dengan seorang wanita baru-baru ini.
"Saya tak sangka video itu akan jadi trending. Saya memang masukkan aksi peluk itu untuk jadikan video itu kelihatan sedikit menarik.
"Tapi video itu saya hasilkan bukan nak buat gimik ke apa, kalau saya nak buat gimik saya tidak akan beritahu yang itu kakak saya.
"Saya memang sengaja kongsi video itu untuk menghiburkan orang dan Alhamdulillah saya terina komen-komen yang baik sahaja daripada peminat," katanya.
Tambah MK lagi, dia kini masih solo sejak putus cinta tahun lalu.
"Saya masih solo, sekarang fokus hanyalah untuk diri sendiri dan keluarga sahaja selain kerjaya seni saya.
"Berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri tiada dalam perancangan terdekat saya.
"Soal jodoh semua ini kerja Allah SWT, kita serahkan semua mengikut perancangan-Nya," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, MK kini tampil dengan single terbaharu berjudul Ciao hasil kolaborasi bersama rapper Joe Flizzow dan penyanyi antarabangsa, Jay Park.