Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Tak Ada Otak”- Michael Ang Berang Ibu OKU Sepak Terajang Pakcik 80 Tahun Tanpa Usul Periksa

Syafiqah Jalal
28/06/2021 09:25 MYT
Pengarah dan produser drama, Michael Ang berang dengan tindakan seorang wanita yang dipercayai ibu kepada anak Orang Kurang Upaya (OKU) yang hilang tanpa perikemanusiaan menyerang seorang warga emas yang berusia 80 tahun.

Wanita itu difahamkan tidak dapat menahan sabar dan telah menyepak terajang warga emas itu yang dituduh telah membuat cubaan menculik selepas menjumpai anak perempuannya di dalam kereta.

Menurut Michael tindakkan wanita itu disifatkan terlalu melulu kerana tidak bertanya atau usul periksa sebelum menghukum seseorang.

“Perempuan ini pasti jadi manusia yang paling orang menyampah di Malaysia sekarang… Termasuk la aku!

“Seriously kau hentam (serang) saja pakcik tu macam tu. 80 years old kot, tahu la kau tengah nervous anak hilang Tapi takan tak ada otak atau kesabaran untuk tanya sebelum serang.

“Pakcik tu duduk dalam kereta tu je kot! Kau kaya sangat ke sampai ingat orang nak kidnap anak kau? Kau yang tak reti jaga anak sampai anak merayau pun kau tak sedar lepas tu kau nak hentam orang! Tak baik tak baik.

“Kalau aku ahli keluarga pakcik tu takan aku lepas kan kau,” kata Michael.

Pengarah drama Dia Semanis Honey itu berkongsi luahan perasaannya di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri yang sama, Michael memuat naik video wanita itu yang tular ketika menyerang warga emas tersebut.

Tambah Michael lagi, walau apa jua keadaan sekalipun sebagai seorang manusia jangan sesekali hilang pertimbangan dan cuba bertindak waras.

“Pada anda semua kita memang dalam keadaan yang parah tapi jangan sekali kali hilang pertimbangan rasa dan berfikir kita! Jangan jadi macam makcik gangster ni,” nasihatnya.

Difahamkan warga emas itu hanya menumpangkan anak OKU itu yang memberhentikan keretanya secara tiba-tiba.

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

#Viral #Anak #OKU #Terajang #Hilang #warga emas #Pakcik #Sepak
;