Hiburan

“Tak Ada Peluang Pun Untuk Kami Bercinta” – So Ju Yeon Perjelas Hubungan Dengan Kim Min Jae

gempak
Mya Amri
06/03/2020
10:17 MYT
Sponsor Banner
“Tak Ada Peluang Pun Untuk Kami Bercinta” – So Ju Yeon Perjelas Hubungan Dengan Kim Min Jae
Pelakon drama popular Romantic Dr Teacher Kim 2, So Ju Yeon akhirnya memperjelaskan status hubungan dengan aktor Kim Min Jae.
Menurut Ju Yeon, hubungannya dengan Min Jae sudah dianggap seperti keluarga dan tidak ada sebab untuk mereka bercinta.
“Kami dah seperti keluarga. Sudah tentu kami tidak menjalinkan hubungan istimewa, tidak ada peluang pun untuk kami menjadi pasangan bercinta.
“Nampaknya Min Jae pun sering diajukan soalan berkenaan dengan perkara ini jadi saya rasa kami dah lakukan kerja kami dengan baik sebagai pasangan dalam drama berkenaan,” jelasnya.
Bagaimanapun, Ju Yeon melahirkan rasa syukur kerana lakonannya berjaya mencuri perhatian penonton.
“Saya rasa sangat bersyukur kerana penonton Nampak keserasian kami. Memang benar apabila kami berlakon, secara neutralnya momen-momen tersebut seolah-olah menjadi babak yang sebenar.
“Terutamanya bagi saya kerana saya tidak mempunyai cara-cara tertentu untuk menghayati watak kecuali merasai emosi sebenar dalam hati saya.
“Saya tak boleh menangis dengan betul dihadapan skrin melainkan saya benar-banar berasa sedih. Untuk babak-babak romantik pula saya banyak mendengar lagu-lagu cinta,” jelasnya.
Terdahulu, Min Jae dan Ju Yeon menarik perhatian peminat selepas memuat naik foto mesra yang menampakkan mereka seperti pasangan bercinta.
Tambahan pula lakonan mereka menerusi drama tersebut Nampak ‘real’ dan membuatkan ramai yang menyukai keserasian pasangan ini.
Ju Yeon menggalas watak sebagai Yoo Ah Reum manakala Min Jae pula sebagai Park Eun Tark.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Allkpop
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live