Tak Ada Pick Up Line, No Hal! Kali Ini Abang Bomba Upgrade, Beri Gula-Gula Lolipop Sebagai Hadiah Buat Pengunjung
Ernalisa
31/08/2024 03:55 MYT
31/08/2024 03:55 MYT
Pernah mencetuskan fenomena dan tular dalam acara sambutan Hari Kebangsaan tahun lalu, kemunculan abang Bomba berbadan 'sado' terus mencuri tumpuan pengunjung yang hadir ke Dataran Putrajaya, pagi Sabtu ini.
BERITA BERKAITAN : Insomniacks Dapat Idea Di Airport, Nabila Taqiyyah Jatuh Dalam Laut! | GMW HighlightsInsomniacks Dapat Idea Di Airport, Nabila Taqiyyah Jatuh Dalam Laut! | GMW Highlights

BERITA BERKAITAN :Director Issey Pulak Kena Marah Dengan Para Pelakon! | Singgah Set
BERITA BERKAITAN : Bimbang Dengan Kes Jenayah, Erra Fazira Pantau Aktiviti Anak Perempuan - "Saya Tidak Mengongkong Anak"
BERITA BERKAITAN : Anding ‘Comeback’ Sebagai Wira, Sedia Takluk Pawagam! | GMW Highlights
Jika tahun lalu anggota berseragam oren ini mengenakan sepanduk pick-up line 'Api Memang Panas Tapi Anda Semua Penyejuknya', kali ini lain pula kisahnya apabila abang Bomba muncul dengan membaling gula-gula ‘lolypop’ kepada pengunjung yang hadir.
Gelagat abang Bomba itu ternyata menggamatkan lagi suasana pengunjung yang hadir menyaksikan sambutan kemerdekaan tahun ini.
Orang ramai terutamanya golongan remaja dan wanita juga tidak melepaskan peluang merebut gula-gula yang dibaling oleh abang Bomba.
Dalam pada itu perbarisan Bomba juga turut menarik perhatian pengunjung tatkala pasukan itu menampilkan anggota wanita tinggi lampai berkulit putih dan mengenakan kaca mata.
Terdahulu, sama seperti tahun lalu, Bomba merupakan antara unit beruniform yang paling mencuri tumpuan dan mendapat sorakan gemuruh daripada pengunjung apabila menampilkan anggota bomba bertubuh sado.