"Tak Ada Pulak Yang Cacat Cela Ciptaan Ilahi Ni" - Ali Puteh

Rozaimi Zubaidi
Mac 13, 2019 02:05 MYT
Bekas peserta Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018) kumpulan Puteh, Ali mengakui bersyukur apabila berjaya menempatkan diri dalam industri hiburan tanah air.
Menerusi entri di Instagram (IG), Ali berkongsi gambar bersama kumpulan Bocey pada tahun 2013.
"Masa ni 2013. Bintang Mencari Bintang musim pertama. Separuh akhir time ni tak adalah terok sangatkan muka kami.
"Tak ada pulak yang cacat cela ciptaan Ilahi ni. Boleh dikatakan semua dah berjaya mencipta nama atas bakat masing-masing.
"Kalau dapat 1k komen gambar ni. Saya akan up lagi gambar Bintang Mencari Bintang yang dah berjaya dengan program tu," tulisnya.
Rata-rata terhibur dengan kapsyen yang ditulis oleh Ali dan mendoakan mereka semua lebih berjaya pada masa depan.
Sebelum ini timbul sebuah isu dimana seorang penerbit mengingatkan orang ramai yang tidak mempunyai rupa supaya tidak hadir ke sebuah ujibakat lakonan
#Pelawak #Ali Puteh