"Tak Ada Rumah, Mandi Kat Petronas, Tidur Dalam Kereta" - Tak Mudah Nak Berjaya, Haneesya Hanee Pun Pernah Lalui Waktu Sukar!

Amri Hassan
Disember 10, 2018 05:22 MYT
Peserta Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee mendedahkan pernah berdepan detik sukar ketika keluarganya berdepan masalah kewangan sekitar tahun 2012.
Kata Hanee, ketika itu dia sedang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
"Time UPSR, kehidupan Hanee sangat teruk dari segi kewangan.
"Hanee tak ada rumah time tu, menumpang rumah mak cik kat Sungai Buloh. Setiap hari ulang alik ke KL sebab sekolah kat Maluri.
"Kadang-kadang mandi kat petronas tidur dalam kereta. Tuisyen tak pergi sebab tak mampu," kata Hanee.
Kehidupannya sebagai pelajar disleksia lebih mencabar apabila gadis tinggi lampai itu juga perlu mengikuti pengajian di sebuah sekolah khas sebelum ke sekolah harian biasa.
"In 2008 I went to a special school. Dislexsia Center Ampang.
"Sekolah khas untuk orang istimewa macam saya. Hanee memang ada masalah pembelajaran tapi Alhamdulillah very mild.
"Hanee dekat sekolah khas selama dua bulan dan selepas itu masuk ke sekolah harian biasa.
"Hanee berjaya ikut rentak pembelajaran di sekolah. Alhamdulillah result UPSR tak mengecewakan," tambahnya yang memperoleh keputusan 2A, 2B dan 1C dalam UPSR ketika itu.
Tegas Hanee, individu yang menghidap disleksia bukannya bodoh namun perlu mengikuti cara pembelajaran yang tepat untuk berjaya.
"Saya tak bodoh, dyslexics people tak bodoh.
"Sebenarnya kami genius cuma dengan cara pembelajaran yang betul kami boleh jadi lebih cerdik dari orang biasa," ujar Hanee.
Jangan lepaskan peluang menonton Dewi Remaja 2018/2019 setiap hari Ahad pukul 10.30 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
#Viral #Viral #Haneesya Hanee #Dewi Remaja 2018/2019