Hiburan

“Tak Ada Salah Media Bertanya Soalan Di Sidang Media” – Dr Amalina Che Bakri

gempak
Azwa Rahman
11/03/2020
10:37 MYT
Sponsor Banner
“Tak Ada Salah Media Bertanya Soalan Di Sidang Media” – Dr Amalina Che Bakri
Pelatih pakar bedah warganegara Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri menyokong tindakan pihak media yang bertanyakan soalan di sidang media Ketua Pengarah Kesihatan berhubung COVID-19.
Menerusi laman sosial Twitter, Dr Amalina menyatakan media dan doktor perlu saling melengkapi apabila memberi info kesihatan dan kesedaran kepada rakyat.
“Saya cuma ingin memberi pendapat, maaf dahulu kalau ada salah dan silap. Terima kasih kepada para wartawan yang membantu para doktor menangkis mitos kesihatan.
“Media dan doktor perlu saling melengkapi apabila memberi info kesihatan dan kesedaran kepada rakyat.
“Tidak ada salah untuk media bertanya soalan di sidang media, malah pada pendapat saya memang digalakkan untuk membetulkan persepsi yang salah. Apa yang saya mahu bincangkan di sini adalah cara penyampaian berita,” ujar Dr Amalina menerusi satu bebenang kicauan.
Semalam, seorang pengamal perubatan Dr Rafidah Abdullah memarahi wartawan kerana bertanyakan soalan berkenaan kesahihan masakan ikan singgang mampu menjadi penawar kepada wabak ini kepada Ketua Pengarah.
Menurutnya, soalan remah seperti itu tidak sepatutnya ditanya sambil mempersoalkan kematangan wartawan dalam menjalankan tugas.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, rata-rata wargamaya turut menyokong pendapat Dr Amalina tentang pengesahan media terhadap sesuatu isu berbangkit.
“Terima kasih Dr Amalina. Tugas kami ada istilah follow up. Jadi jika keluar satu cerita kita kena follow up untuk pengesahan lanjut. Macam cerita singgang ni. Memanglah lawak tapi siapa boleh verify benda ni? Tentulah KKM,” kata seorang wargamaya.
“Saya percaya bahawa tugas wartawan dalam mendidik masyarakat ni sebenarnya kritikal dan signifikan bagi mengisi ruang kosong kefahaman dan kepercayaan am. Mitos dan maklumat palsu dalam perubatan disebabkan wujudnya ruang kosong ini,” ulas seorang wargamaya.
“Setiap hari media beri ruang besar untuk laporan Covid 19. Siapa buat kerja? Tentulah wartawan, penolong pengarang, pengarang, artis grafik dan jurugambar. Mereka ini ada jasa juga,” luah seorang wargamaya.
“Bagus Dr. Inilah pendapat yang kami mahukan. Bukanlah pendapat yang menyalahkan satu pihak semata-mata. Jikalau kita seorang yang berilmu, kita kongsi ilmu itu. Biar semua orang faham,” ujar seorang wargamaya lagi.
Terdahulu, pensyarah Fakulti Perikanan dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu, Dr Azizah Mahmood menyatakan ikan singgang berpotensi untuk merawat penyakit Covid-19 kerana mengandungi pelbagai ramuan dan bahan yang mampu untuk menghapuskan mikrob.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024