"Tak Ada Satu Sen Pun Duit Bapa Mentua Saya" - Shikin Maembong Bidas Kenyataan Chef Wan, Anggap Fitnah
Amri Hassan
21/02/2022 02:49 MYT
21/02/2022 02:49 MYT
Bekas menantu Datuk Chef Wan, Shikin Maembong tampil menjawab tuduhan yang mendakwa perkahwinannya bersama Cef Riz menggunakan duit bapa mentuanya.
BACA: "Besar Sangat Ke Kepala Sampai Tak Boleh Tegur?"- Chef Wan Terima Surat Saman Malu Dari Shikin Maembong
Menafikan dakwaan terbabit, kata Shikin perkahwinannya bersama Cef Riz sebelum ini menggunakan duit mereka sendiri.
"Ramai yang kecam saya. Saya bukan sejenis suka mengaibkan atau bercerita tentang peribadi di Instagram. Tetapi memandangkan keadaan memaksa saya kerana ramai yang datang komen yang bukan-bukan fasal saya.
"Masa saya kahwin dengan bekas suami saya, duit perkahwinan kami adalah 100 peratus duit sendiri. Sebab ketika itu kami buat perniagaan sendiri, kumpul dan kahwin duit sendiri.
"Tak ada satu sen pun duit daripada bapa mentua saya. Jadi, apa yang dikongsikan itu fitnah dan saya rasa semua kena tahu hal yang sebenar," ujarnya.
Terdahulu, Chef Wan menerusi posting di Instagram meluahkan rasa terkilan apabila usahanya membantu Shikin sebelum ini seakan-akan tidak dihargai.
Malah, dakwa Chef Wan, perkahwinan Shikin dan anaknya sebelum ini dibiayai seratus peratus olehnya.
Untuk rekod, Cef Riz dan Shikin telah berkahwin pada 5 Disember 2014 namun bercerai pada Jun 2016.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Arianna Natasya, 7.