Selepas Tiz Zaqyah, aktres jelita Nora Danish, 39, pula mendedahkan dirinya disahkan positif.

BACA: Tiz Zaqyah Positif COVID-19, Seru Orang Ramai Duduk Rumah - "Doakan Untuk Saya & Keluarga"

Menurut Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif menyatakan dia pergi melakukan ujian calitan (swab test) semalam selepas didapati menjadi kontak rapat bagi kategori C.

"Dukacitanya nak maklumkan Nora didapati positif COVID-19 harini 9 Mei 2021. Semalam, Nora ada buat ujian calitan sebab kontak rapat kategori C.

"Keputusan pagi tadi mendapati Nora positif walaupun langsung tak ada sebarang simptom," tulisnya di Instagram (IG).

A post shared by naOradaishi (@noradanish)


Dalam pada itu, pelakon drama Bougainvillea kini sedang menjalani kuarantin kendiri di dalam bilik sehingga mendapat arahan seterusnya daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Sekarang Nora kuarantin kendiri di dalam bilik agar anak-anak dan suami selamat. Mereka dah lakukan PCR test jam 12 tengah hari tadi dan doakan untuk kami semua ya," tulisnya lagi.