Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Tak Ada Shortcuts Nak Kurus!”- Dr. Say Nafi Detox Tea, Bengkung, Krim Bakar Lemak Boleh Kurangkan Berat Badan

Syafiqah Jalal
13/03/2020 07:43 MYT
Pengacara Tanya Doktor, Dr. Say Shazril menegaskan tiada jalan pintas untuk menurunkan berat badan.

Malah menurut Dr. Say, tiada produk yang boleh menurunkan berat badan dengan mudah kerana kebanyakan penjual hanya mahu mengaut keuntungan semata-mata.

“Saya muak menjawab DM (mesej peribadi) mengenai segala “shortcuts” untuk mengurangkan berat badan ni.

"Dari detox tea ke fat burner ke krim sapu pembakar lemak ke bekung pelangsing ke bertapa dalam sauna ke tutup kipas kasi berpeluh lencun dan akhirnya ke air kosong letak garam mampu membunuh COVID-19 (tiba-tiba, tapi saje nak nyatakan kemengarutan ni)

“Sebelum korang keluarkan duit korang, fikir sejenak bagaimana produk ini mampu menurunkan berat aku? Atau korang jenis beli je dulu lepas tu guna je dulu lepas tu kalau tak menjadi tak apa cuba product lain?

"Come on peeps, tahukah anda yang selalu menjadi mangsa produk sebegini adalah mereka yang kurang berpendidikan, naif dan status ekonomi rendah?” tulisnya.

Dr. Say berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Tambah Dr. Say, ada baiknya jika duit yang dihabiskan kepada produk tidak berfaedah itu digunakan untuk membeli makan segar serta sihat untuk tubuh badan yang cergas.

“Daripada korang menghabiskan duit kepada benda-benda tak berfaedah dan mungkin merosakkan hati dan buah pinggang korang, baik korang gunakan duit tu untuk beli fresh food serta healthy groceries,” katanya lagi.

Dr. Say dan isterinya, Dr. Azura Abbas berkahwin pada 30 Mac 2014 dan mereka menimang cahaya mata pertama pada 5 Mei tahun lalu.

Topik : Tolong Jangan Membabi Buta Malaysian Sorry topik sedikit kasar tapi sy muak menjawab dm mengenai segala “shortcuts” untuk mengurangkan berat badan ni. Dari detox tea ke fat burner ke krim sapu pembakar lemak ke bekung pelangsing ke ber-tapa dalam sauna ke tutup kipas kasi berpeluh lencun dan akhirnya ke air kosong letak garam mampu membunuh COVID-19 (tiberrr tapi saje nak nyatakan kemengarutan ni) Sebelum korang keluarkan cash korang/ swipe kad korang/ keluarkan cash suami/ swipe kad suami tidakkah akal korang berfikir sejenak “MACAM MANA product/ kaedah ni mampu menurunkan berat aku?” or korang jenis beli je dulu pastu guna je dulu pastu kalau tak menjadi takpe cuba product lain? Come on peeps tahukah anda yg selalu menjadi mangsa produk sebegini adalah mereka yg KURANG BERPENDIDIKAN, NAIF & STATUS EKONOMI RENDAH? Have some respect to urself because u deserve better. Daripada korang menghabiskan duit kat benda2 tak berfaedah & mungkin merosakkan hati & buah pinggang korang, baik korang gunakan duit tu untuk beli fresh food & healthy groceries. TAK ADA SHORTCUT when it comes to losing weight. Kalau ada shortcut kenape laaa Malaysia masih mengungguli negara paling obese kat Asia Tenggara ni? Proper diet, regular exercise & proper rest are all u need for a prosper life ok peeps? PS : Gambar sekadar mengajar anda untuk berfikir dahulu sebelum anda membeli sebarangan produk. Tengah increase brightness ke tu? Biaq pi, sy saja nak bagi ampa sakit mata, hati sy yg terluka ni siapa nak cara?

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

#. #Kurus #Diet #Dr. Say Shazril
;