Hiburan

"Tak Ada Siapa Nak Anak Kena Covid-19" - Fizo Omar

gempak
Amri Hassan
05/01/2021
23:45 MYT
Sponsor Banner
"Tak Ada Siapa Nak Anak Kena Covid-19" - Fizo Omar
Pelakon Fizo Omar memaklumkan anak tunggalnya, Wan Maryam dan bekas isteri, Mawar Karim kini berada dalam keadaan terkawal.
Bagaimanapun, Fizo sebak apabila dia tidak mampu berbuat apa-apa ketika anak dan bekas isterinya itu dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas disahkan positif Covid-19.
BACA: “Keadaan Mereka Kini…”- Fizo Omar Sahkan Anak & Mawar Karim Positif Covid-19
"Seperti mana yang saya beritahu sebelum ini, anak saya Wan Maryam dan bekas isteri, Mawar sah dijangkiti Covid-19 sejak 1 Januari lalu.
"Sekarang ini Mawar dan Maryam sedang menjalani rawatan di PPUM. Keadaan masih lagi terkawal. Mawar ada menunjukkan simptom batuk, sakit dada, sesak nafas dan hilang deria rasa manakala Maryam masih normal, masih aktif berlari dan harapnya Maryam kuat.
"Sebagai bapa, saya tak tahu nak buat apa. Apabila saya dapat tahu, kita tak boleh salahkan mana-mana pihak. Tak ada sesiapa yang mahu anak mereka dijangkiti wabak ini kerana kita tak boleh nampak.
"Walaupun saya dan Mawar terlalu berhati-hati dan hanya keluar apabila ada perkara penting saja, tapi kalau dah nak jadi, ia tetap terjadi," katanya menerusi satu hantaran video di Instagram.
Justeru Fizo memohon orang ramai mendoakan kesihatan bekas isteri dan anaknya berada dalam keadaan baik.
"Saya harap ada hikmah di sebaliknya dan mengharapkan doa anda semua semoga Maryam dan Mawar kuat. Saya lega apabila Mawar berada di sisi Maryam kerana saya tak boleh bayangkan jika Maryam dirawat berseorangan.
"Saya hilang kata-kata, tak boleh buat apa, tak boleh lawat, hanya boleh tengok video anak saya dibawa menaiki ambulans. Semua tak boleh saya lakukan, saya harap anda semua faham. Jangan ambil mudah dengan Covid-19. Ambil sebagai tanggungjawab memandangkan kes juga semakin meningkat, jadi selalulah amalkan sikap berjaga-jaga," katanya.
Mawar terdahulu mengesahkan dia dan Maryam positif Covid-19.
Ahli perniagaan itu turut memuat naik video di Instagram Story mereka dibawa petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menaiki ambulans untuk menjalani rawatan.
Mawar juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan keadaan dia dan anaknya.
"Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan Maryam. Hanya Allah saja dapat membalas jasa baik kalian. Semoga saya dan Maryam terus sihat. Insya-Allah.
"Terima kasih juga kepada petugas barisan hadapan. Maaf kalau saya tak dapat nak jawab panggilan atau emel dan apa-apa dari media sosial. Saya dan Maryam boleh lawan. Maryam anak yang kuat," katanya.
Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013, sebelum bercerai dengan talak satu pada 10 Julai 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live