Hiburan
“Tak Adalah Kita Ini Secara Drastik Berubah Jadi Alim..." - Agy Mahu Perbaiki Diri, Malas Layan Kecaman
Personaliti media sosial, Agy akui tidak cepat beremosi terhadap kecaman yang ditujukan kepada dirinya kerana sudah lali dengan perkara itu.
Tak ambil peduli kecaman
Malah Agy berkata, dia boleh membaca setiap komen negatif di media dengan hati terbuka dan ada masanya pempengaruh yang kini bergelar penyanyi ini tidak mempedulikan kecaman tersebut.Agy berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media pengumuman Top 5 Gempak Most Wanted Award (GMWA), di DADI Cinema, sebelum ini.“Sudah tentu saya baca, setiap komen memang saya baca, balas pun saya pernah. Kadang-kadang saya balas dengan sedikit ‘keras’ dan kadang-kadang saya balas terima kasih. “Tetapi saya balas itu pun hanya sekadar untuk nampak ‘engagement’ saya dengan pengikut di media sosial sahaja. “Tetapi benda-benda yang tak baik itu selalunya saya buat tak tahu sahaja, itulah cara yang terbaik sebenarnya,” katanya kepada Gempak.
Mahu perbaiki diri
Dalam pada itu, Agy mendedahkan pada mulanya ahli keluarganya agak terkesan dengan kecaman yang diberikan namun mereka lebih mengenali dirinya.“Keluarga saya sudah pasti ada terkesan jugalah sedikit tetapi mereka tahu saya macam mana. Apa apa pun keluarga kita yang tahu kita ini bagaimanakan.
“Jadi setakat ini alhamdulillah semuanya okay dan mereka mendoakan yang baik-baik untuk saya,” jelasnya.
Tambah Agy lagi, sebagai seorang manusia, dia juga akan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dari masa ke semasa.
“Untuk kekal positif itu saya tidak tahu macam mana saya lakukan tapi saya percaya itu semua berbalik kepada diri sendiri.“Saya pun akan cuba memperbaiki mana yang kita rasa tak betul, tapi dari masa ke semasa, perlahan-lahan. “Tak adalah kita ini secara drastik berubah jadi alim ulama, tidak. Tapi insya-Allah saya akan cuba yang terbaik untuk memperbaiki diri saya.
“Untuk saya, kalau kita nak bermain atau melayan dengan perkara negatif maka negatif lah yang balik dekat saya.
“Setakat ini, bila saya positif sahaja, alhamdulillah rezeki itu masuk macam air, syukur. Jadi saya mahu fokus yang baik-baik sahaja, maka perkara baik-baik jugalah yang akan datang,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Rambut Kepuk-Kepuk Bawa Tuah Buat Agy! - "Sebelum Ni Rambut I Pendek Macam Abang-Abang"
ARTIKEL BERKAITAN:#GMWA24: Persaingan Antara Agy, Hawa Johanis, Malia Baby, Sofea Shra & Yana Hassan Untuk Gelaran ‘Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak’
ARTIKEL BERKAITAN:Malas Bertikam Lidah Dengan Netizen, Agy Pilih Untuk Kunci Mulut - “Tahun Ini Saya Nak…”
ARTIKEL BERKAITAN:"Ada Peminat Keliru, Ingat Saya Berdarah Latin" - Agy
ARTIKEL BERKAITAN:Dikatakan Mirip, Agy Dedah Tidak Mempunyai Pertalian Saudara Dengan Reen Rahim
Terdahulu, Agy telah muncul disebuah acara tahun baharu dan mendapat kecaman hebat daripada netizen.
Ada yang berkata dia tidak layak untuk membuat persembahan di konsert tahun baharu itu malah ada juga yang berpendapat bahawa bayaran yang diterimanya rendah yang menyebabkan dia menjadi pilihan penganjur.
Selain itu, ramai juga yang mengkritik dan mempersoalkan mengenai seksualitinya hanya kerana caranya mengekspresikan fesyen.
Dalam perkembangan lain, Agy tercalon antara top 5 kategori Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA 2024).
Selain Agy, empat calon lain adalah Hawa Johanis, Malia Baby, Sofea Shra dan Yana Hassan.
GMWA 2024 akan berlangsung LIVE pada 23 Februari 2025 di Auditorium MBSA, Shah Alam dan dipancarkan di saluran Astro Ria (104), On Demand, Astro GO dan sooka
Undian fasa kedua, atau pemenang utama bagi setiap kategori boleh dilakukan di laman rasmi www.gempakmostwantedawards.com bermula 15 Januari 2025, jam 6 petang sehingga 23 Februari 2025, jam 12 tengah hari.
Must-Watch Video