gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Saya Bukan Pengganti Shila Amzah” – Amsyar Lee
GAYA HIDUP
Bisikan Terlarang: Majoriti Setuju Umur 40 Paling Lewat Hamil… Tapi Betulkah Itu Hadnya? Ini Kata Netizen
HIBURAN
Azhar Sulaiman Tak Kisah Jika Jodoh Leona Suami Orang - “Hal Perkahwinan Biarlah Dia Sendiri Buat Keputusan Sebab…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

“Tak Adalah, Mana Ada Apa-Apa” - Atiq Azman Masih Single, Amy Nur Tinie Hanya Sahabat Baik

gempak
Mya Amri
15/06/2022
09:33 MYT
Sponsor Banner
“Tak Adalah, Mana Ada Apa-Apa” - Atiq Azman Masih Single, Amy Nur Tinie Hanya Sahabat Baik
Pelakon Atiq Azman menjelaskan hubungannya dengan aktres baharu, Amy Nur Tinie hanyalah sekadar teman rapat.
Menurut Atiq, mereka berdua bersahabat baik kerana masing-masing berkecimpung dalam bidang perniagaan.
“Kami berdua tak ada apa-apa pun. Saya dengan Tinie memang sahabat baik, kami sering berbincang mengenai perniagaan.
“Dia adalah orang yang menjadi rujukan saya dalam perniagaan yang baru saya ceburi iaitu produk serum wajah dan Tinie juga banyak menolong saya.
“Sebenarnya Tinie juga ada produk kosmetik dia sendiri, dia lebih berpengalaman jadi saya rujuk mengenai perniagaan dengan dia.
“Ibunya juga memiliki spa jadi saya rasa dia adalah orang yang tepat untuk saya bertanya dan rujuk tentang perniagaan saya,” katanya ketika ditemui Gempak.
Atiq ditemui di set penggambaran filem Jemputan Ke Neraka baru-baru ini.
Ditanya mengenai status dirinya, Atiq menjawab dia masih belum berpunya dan lebih selesa untuk memberikan fokus terhadap kerjaya.
“Saya tidak kisah apa orang nak kata lagi pun saya masih muda, mahu memberikan fokus terhadap kerjaya lakonan.
“Saya juga baru sahaja berjinak-jinak dengan perniagaan, jadi lebih baik saya berikan tumpukan pada kerja.
“Buat masa ini soal cinta saya masih tidak terfikir lagi. Saya masih single dan belum berpunya,” jelasnya.
Terdahulu, Atiq dan Tinie digosipkan bercinta kerana mereka berdua sering hadir bersama dalam beberapa majlis.
Topic Berkaitan
#Atiq Azman
#Amy Nur Tinie
#Raja Atiq
Must-Watch Video