“Tak Ajak Wife Sekali Ke Makan Makan?” - Ramai Setuju Bila Eyra Hazali Persoal Kenyataan Ruhainies, Aliff Aziz
Mya Amri
15/03/2024 06:55 MYT
15/03/2024 06:55 MYT
Pelakon, Eyra Hazali tertarik untuk menyuarakan pendapatnya berkenaan dengan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Ruhainies dan Aliff Aziz pada Khamis mengenai isu ditangkap khalwat baru-baru ini .
Eyra menerusi platform media sosial X miliknya mempersoalkan tentang keberadaan pembantu peribadi Ruhainies yang dikatakan berkonvoi bersama ketika pulang dari lokasi penggambaran.
“Jadi PA pergi mana? Kenapa bukan PA tolong angkat barang?,” soalnya.
BERITA TRENDING: Kes Khalwat, Ruhainies Tampil Cerita Kronologi - “Hanya Ajak Makan Bersama Keluarga, Tak Buka Pintu Sebab…”
Malah Eyra juga turut mempertikaikan mengapa isteri Aliff iaitu pelakon Bella Astillah tidak diundang untuk makan malam pada pada hari kejadian.
“The boy pun risau keselamatan ke tak nak buka pintu? Tak ajak wife or so called bestfriend sekali ke makan makan?
“Mana minta maaf pada the wife?Kesimpulannya,kena ada boundaries walaupun dah 10 tahun kawan,” tulisnya.
Sementara itu, netizen juga turut bersetuju dengan pendapat Eyra dan menyatakan kenyataan Ruhainies dan Aliff itu seperti tidak masuk akal.
Antara komen diterima:
Terdahulu, Ruhainies dan Aliff akhirnya tampil memberikan penjelasan berkenaan isu khalwat itu.
Jelas Ruhainies, dia hanya mengajak Aliff ke kediamannya di ibu kota untuk makan malam bersama-sama keluarganya yang didakwa telah kenal sejak 10 tahun lalu.
Ruhainies berkata, kakaknya pelakon Risteena sepatutnya sudah datang lebih awal ke rumahnya namun terlewat kerana berdepan dengan kesesakan jalan raya.
Selang beberapa minit selepas Ruhainies membuat penjelasan, Aliff juga turut bersuara mengenai dakwaan khalwat berkenaan.
BERITA TRENDING: Kes Khalwat, Aliff Aziz Mohon Maaf - “Sepatutnya Tunggu Di Lobi, Tak Terfikir…”
Menurut Aliff, dia mengambil langkah untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum ini bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan fakta oleh mana mana pihak.