Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Tak Akan Lupa Semua Jasa Awak" - Linda Rafar Sebak Ucap Selamat Tinggal Kepada Sasha Saidin

Asraf Aided
24/01/2020 07:25 MYT
Penyanyi Linda Rafar berasa sedih mengucapkan selamat tinggal kepada rakannya, Sasha Saidin yang melangsungkan perkahwinan baru-baru ini.

Menurut Linda, dia tidak akan melupakan semua jasa baik yang pernah dilakukan Sasha terhadap dirinya.

Perkara itu diluah menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.

"Selamat tinggal Sasha sayang, saya tidak berhenti menangis, tak sedar rupanya kali ini memang betul awak tinggalkan saya.

"Saya tak akan lupa semua jasa baik awak terhadap saya sejak zaman Elite, masa kita pergi Australia bersama, zaman kita mula mengenali dunia, awak sentiasa ada dengan saya.

"Saya kenang semua jasa baik awak sejak zaman arwah Memen (anak Linda) sakit, awak selalu datang melawat di hospital bagi kata-kata semangat," tulisnya di ruangan kapsyen.



Dalam pada itu, Linda turut mendoakan kebaikan untuk kehidupan baru rakannya yang akan berpiundah ke Dubai tidak lama lagi.

"Saya doakan awak gembira dengan kehidupan baru di Dubai, jangan lupa saya Sasha!" tulisnya lagi.

Difahamkan. Sasha yang melangsungkan perkahwinan dengan usahawan Sirhan Wahab pada 20 Januari lalu akan berhijrah ke Dubai mengikut suaminya yang bekerja dalam sektor kewangan di sana.

Sha... im crying non stop! i tak sedar rupanya this time u btul2 tinggal kan i?.. sha,i takkan lupa semua jasa baik u sejak zaman elite masa kita gi australia bersama,zaman kita mula mengenal dunia u sentiasa ada dgn linda.. u je yg panggil i baby gurl?.. sha,i kenang sgt jasa baik u n pengorbanan u pada i.. sejak arwah memen sakit u selalu dtg melawat kat hukm bg kata2 semangat..sampai la arwah pergi,pastu arwah my mum sakit n pergi pon u sentiasa ada dgn i sha.. kadang2 i terlepas pandang sha.. im sory sha x dpt join videoclip u n u really want me to be in??? sory sha.. Tapi i yakin allah tu tau hati u bersih n ikhlas anggap i btul2 mcm adik u.. i doakan u happy dgn hidup baru u di dubai.. u jgn lupa i tau sha! if bole my bday 11/2/2020 u dtg ok jumpa i.. ya allah balasla jasa baik kawan baikku sasha n family.. yg sentiasa ada dgn linda time susah n senang.. hanya allah shj yg mampu mendengar n membalas semua jasa baik u.. love u sha? Selamat Tinggal sha? @sashasaidin

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on


Sasha yang juga anggota kumpulan Elite pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner di London pada 2003 namun bercerai empat tahun kemudian.

Pada 2007, dia berkahwin dengan warganegara Indonesia, Salyo Priyanto dan bercerai pada 2012.

Hasil perkahwinan dengan Salyo, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Adam Aryasenna Notosoemarsono, 10.

Sirhan juga pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua cahaya mata.

BACA : Selamat Bernikah Kali Ketiga, Ini Wajah Suami Baru Sasha Saidin
#Linda Rafar #Sasha Saidin
;