Laman Utama

Tak Akan Saman Pemfitnah, Ayu Damit Rasa Kelakar Tuduhan Pakai Pemanis Wajah - "Saya Jual Sate, Takkanlah Saya Pakai Susuk!

gempak
Zulaikha Yusof
08/03/2021
00:00 MYT
Sponsor Banner
Tak Akan Saman Pemfitnah, Ayu Damit Rasa Kelakar Tuduhan Pakai Pemanis Wajah - "Saya Jual Sate, Takkanlah Saya Pakai Susuk!
"Saya jual sate, takkanlah saya pakai susuk!
Itu jawapan daripada penyanyi Ayu Damit, 33, selepas didakwa memakai pemanis wajah atau susuk.
Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit menyangkal dakwaan itu dan berasa kelakar kerana tidak mungkin seorang peniaga sate memakai susuk.
Antara pantang larang memakai susuk adalah tidak boleh memakan sate.
"Tuduhan individu berkenaan agak kelakar kerana saya dikatakan pakai susuk sebagai pemanis wajah agar nampak berseri.
"Namun, pemakai susuk ada pantang larangnya iaitu tak boleh makan sate. Sedangkan saya sendiri buat sate untuk restoran milik saya, Restoran Ayu Damit X Tok Mak Citarasa Antarabangsa," katanya kepada Gempak.
Sementara itu, pelantun lagu Permata tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemfitnah yang sudah mengada adakan cerita.
Katanya, tidak ada keperluan untuk memandang serius dengan tohmahan remeh kerana dakwaan itu sama sekali tidak benar.
"Ceritanya ada individu di laman media sosial tangkap layar profil dan perkataan yang ditulis oleh salah seorang pengguna tidak dikenali dan menghantar butiran itu kepada saya. Pada masa sama si pengirim ini suruh saya saman individu terbabit.
"Banyak respons daripada orang ramai dan mereka meminta saya meneruskan dengan tindakan saman kerana ini melibatkan maruah diri.
"Pun begitu, saya tak ambil peduli sebab apa yang diperkatakan itu tidak betul, lantak dialah nak cakap apa pun," katanya lagi.
Ayu ditemui ketika majlis pelancaran koleksi busana raya, 9 Generasi rekaan pereka fesyen Azirun Ramly yang diadakan di Sentul, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Selain Ayu, jenama 9 Generasi turut menampilkan tiga lagi selebriti tempatan dalam kolaborasi edisi kali ini iaitu Hafreez Adam, Kuna Muzani dan Rykarl Iskandar.
"Ini bukan kali pertama saya bekerjasama dengan beliau malah sudah berkali-kali sejak beberapa tahun lalu. Jadi apabila saya dimaklum dan diajak menerusi bisnes ini saya rasa ia sesuatu yang sangat bagus kerana dalam musim PKP ini saya sebagai penyanyi mungkin kurang aktiviti persembahan pentas.
"Justeru, adanya projek ini dapatlah menambahkan lagi duit tepi dan secara tidak langsung memberikan peluang kepada mereka yang tiada pekerjaan akibat terkesan dengan Covid-19 sebagai ejen," kata Ayu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live