HIBURAN
Tak Ambil Diskaun, Siap Bayar Penuh! Intan Najuwa Buat Pemilik Restoran Di London Sebak – ‘Dia Bukan Sahaja Selebriti A-List Tapi…”
Tindakan pelakon Intan Najuwa yang singgah ke sebuah restoran milik rakyat Malaysia ketika bercuti di London baru-baru ini berjaya mendapat perhatian ramai.
Menerusi perkongsian yang dilakukan oleh oleh isteri kepada pemilik restoran tersebut, Intan dikatakan tetap membayar penuh tanpa menerima sebarang diskaun.

“Hari ini Intan Najuwa datang kedai kecil kami dekat London, Java Fusion London W36DH. Masa jemput datang, saya harap sangat dia sudi sebab kedai kami di luar central London, dekat Acton.
“Tup tup, dia dengan suami datang. Tak nak diskaun, nak bayar penuh. Siap post lagi dekat Instagram. Sebak rasanya. She is not just an A-list celebrity, humble and kind. But she is indeed a good friend,” tulisnya di media sosial.
Katanya, meskipun ada menawarkan potongan harga sebagai tanda penghargaan, Intan tetap menolak kerana mahu menyokong usahawan.
Perkongsian itu mengundang pujian warganet yang kagum dengan sikap rendah diri pelakon drama Jesnita itu.
“Yang kaya raya pun masih humble. Tak macam sesetengah influencer yang suka minta sponsor atau makan percuma,” komen seorang pengguna.
“Sampai sekarang kagum dengan Intan Najuwa. Dari awal berlakon memang tak ada bad vibes. Memang baik orangnya,” tulis seorang lagi.