Hiburan
"Tak Ambil Gambar Masa First Date Sebab..." - Zahirah Macwilson Throwback Momen Manis Bersama Aiman
Aktres jelita, Zahirah Macwilson mengenang beberapa momen manis bersama tunangnya, pelakon Aiman Hakim Ridza.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan wargamaya.
Menurut Zahirah, mereka mula mula keluar bersama (dating) pada 20 November 2018, namun mereka masih belum mengambil gambar ketika itu.
"20/11/2018 adalah tarikh kami keluar dating bersama, tetapi kami tidak ambil gambar bersama ketika itu.
"Of course lah, pertama kali dating mesti nak cool sikit. Gambar pertama kami diambil ketika Aiman di set penggambaran apabila kami sudah tidak buat cool lagi, haha!
"Kami banyak berkongsi kisah bersama pada peringkat awal perkenalan, kemudian menyedari yang kami banyak persamaan," tulisnya sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Zahirah meninggalkan respon positif dan memuji keserasian pasangan ini.
Dalam pada itu, Zahirah turut berkongsi kenangan ketika bercuti ke Laos bersama Aiman, mereka telah banyak meluangkan masa dan melakukan aktiviti di sana.
Zahirah dan Aiman selamat bertunang pada 8 Jun lalu. Selepas perkenalan mesra pada penghujung 2018, pasangan ini digandingkan pula dalam drama bersiri kegemaran ramai, Curi-Curi Cinta yang ditayangkan di saluran Astro beberapa bulan lalu.
Keserasian lakonan dan percintaan mereka sering mencuri perhatian dan dipuji peminat.
Must-Watch Video