Laman Utama
"Tak Ambil Tahu Isu Palestin Hukumnya Berdosa, Nabi Muhammad Tak Mengaku Umat" - Ustaz Adnin
Pendakwah, penulis novel dan penerbit lagu Ustaz Adnin Roslan menjelaskan berdosa sekiranya umat Islam tidak mengambil tahu tentang kemelut yang mengancam negara Islam, Palestin.
Kata Ustaz Adnin, mengambil tahu tentang peristiwa yang terjadi di Palestin bukan sekadar membabitkan isu kemanusiaan tetapi juga akidah sebagai umat Islam.
"Sahabat sekalian hukumnya berdosa sebab isu Palestin ni bukan sekadar isu kemanusiaan tapi ini adalah isu akidah.
"Pertamanya, kalau kita tak ambil tahu isu Palestin ni Nabi Muhammad S.A.W tak mengaku umat.
"Nabi pernah bersabda, siapa yang tak ambil tahu tentang urusan umat Islam maka dia bukan di kalangan mereka. Makna kalau kita tak ambil tahu tentang saudara kita kat Palestin, kita bukanlah di kalangan umat Islam," jelasnya.
Ustaz Adnin yang juga pemilik syarikat Tarbiah Sentap tampil menjawab soalan yang diajukan pengikutnya di Instagram pada Rabu.Dosa tak kalau kita tak ambil tahu urusan saudara kita di palestin, dan yang sewaktu dengannya??#SavePalestine #SaveSheikhJarrah pic.twitter.com/lrSbX3Ym0l— ADNIN ROSLAN (@adninroslan) May 12, 2021
Menerusi soalan terbabit, pengikutnya bertanya adakah berdosa sekiranya dirinya tidak mengambil tahu tentang situasi di Palestin.
Tambah Ustaz Adnin lagi, cakna terhadap apa yang berlaku kepada rakyat Islam di Palestin merupakan satu tanda keimanan seseorang individu.
"Yang kedua Nabi Muhammad S.A.W memberitahu, umat Islam umpama satu jasad, kalau sakit sebahagian maka akan sakitlah seluruh jasad.
"Kalau kita mengaku beriman tapi langsung tak rasa apa-apapun bila lihat umat Islam di sana diseksa dihina maksudnya selama ini keimanan kita hanyalah palsu," jelasnya.
Video terbabit telah ditonton lebih 135,000 kali di media sosial.
Keganasan berterusan di bumi Gaza sejak akhir bulan Ramadan dengan ketegangan antara Hamas dan rejim Zionis meningkat.
Pengusiran rakyat Palestin daripada rumah mereka di Timur Baitulmuqaddis dan provokasi tentera Israel di Masjid Al-Aqsa minggu lalu memaksa campur tangan Hamas dan angkatan kanannya Bridged Al-Qasam.
Ketegangan itu tidak pernah disaksikan sejak tahun 2014 dengan serangan balas bertali-arus antara Hamas dan Zionis Israel.
Peningkatan ketegangan di Asia Barat itu mendapat perhatian antarabangsa dengan kebanyakan negara menggesa ia diredakan.
Malaysia turut mengutuk keras tindakan Israel yang bertindak ganas terhadap penduduk Palestin.
Must-Watch Video