“Tak Apa Yang Penting Halal” - Demi Sara Anak Isteri, Tegar Tak Malu Kembali Busking!
29/08/2021 12:46 MYT
Penyanyi Tegar Septian sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila secara terbuka memuat naik gambar dirinya melakukan persembahan muzik di jalanan.
Menerusi foto yang dikongsi di Instagram, Tegar dilihat menyanyi dan bermain gitar di persimpangan lampu isyarat.
Difahamkan selepas bergelar bapa, Tegar yang pernah mencipta nama menerusi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang itu terus berusaha meraih pendapatan bagi menyara keluarganya.
"Tak apa yang penting halal," tulisnya ringkas sebagai kapsyen di Instagram.
Menerusi ruang komen, rata-ratanya tampil memberi kata-kata semangat untuk Tegar mencari rezeki biarpun tidak semewah dahulu.
Malah, ramai mengagumi semangat Tegar yang tidak malu menyanyi di jalanan meskipun kini sudah bergelar penyanyi terkenal.
“Cayalah tidak malu bergelar busker”.
“Tepat betul dengan lagu lama dia, Tegar dulu bukanlah yang sekarang”.
“Tak mengapa janji halal,” tulis beberapa netizen.
Sekadar info, Tegar mula mencipta nama pada usia 11 tahun bermula daripada menjadi penyanyi jalanan.
Remaja itu kemudian berjaya mengubah nasib keluarganya yang hidup dalam keadaan kurang berkemampuan.
Namun, kehidupannya kembali miskin selepas dilaporkan menjadi mangsa penipuan pihak tertentu.