“Tak Baik, Bukan Tuanku Yang Suruh Buat…” - Tular Isu Dikerah Bersih Kawasan Sebelum YDPA Santuni Mangsa Banjir, Ini Respons Raja Permaisuri Agong
Fiza Kamarudin
26/12/2021 04:40 MYT
26/12/2021 04:40 MYT
Sejak semalam tular isu yang mendakwa mangsa banjir dikerah untuk membuat pembersihan sebelum ketibaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ke kawasan tersebut.
Ciapan seorang individu di laman sosial Twitter mengenai perkara tersebut telah menjadi tular dan menarik perhatian ramai.
Bagaimanapun, bekas pengacara RTM Iesya Toh bertindak pantas dengan memanjangkan isu tersebut kepada Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Baginda menerusi aplikasi Whatsapp mejawab tenang kiriman Eisya dan menafikan YDPA bertitah sedemikian.
“Tak baik…Bukan Tuanku yang suruh buat…Tuanku nak pergi melawat keadaan yang sebenar,” respons baginda kepada Eisya.
Semalam, Seri Paduka Baginda berkenan berangkat dengan memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Seksyen 19 sekitar jam 9.50 pagi yang disambut Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
Seri Paduka Baginda berkenan meluangkan masa kira-kira 40 minit menyantuni mangsa terjejas dengan banjir di Taman Sri Muda dan turut mengucapkan “Merry Christmas" (Selamat Hari Krismas) kepada mangsa yang menyambut perayaan itu sebelum berangkat ke lokasi seterusnya di Masjid Taman Sri Muda.