“Tak Baik Kata Kita Menyorok, Muka Cantik Camni Nak Menyorok? Baik Tak Payah Jadi Cantik! – Sajat
Fiza Kamarudin
28/03/2021 23:50 MYT
28/03/2021 23:50 MYT
Usahawan kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, menafikan dirinya bersembunyi seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Kenyataan tersebut dibuat Sajat menerusi siaran langsung menerusi akaun Instagramnya pada awal pagi Sabtu.
Rakaman tersebut kemudiannya dimuat naik semula oleh laman sosial Youtube, Nur Sajat dengan kapsyen ‘Sajat Tak Menyorok’.
Bagaimanapun Sajat tidak mendedahkan wajahnya dalam rakaman video tersebut, namun menjawab satu persatu soalan netizen dengan tenang.
Antara yang dijawab Sajat menerusi siaran langsung berdurasi 2 minit 20 saat tersebut ialah menyorok daripada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM), dakwaan keluar dari agama Islam (murtad) serta majlis pernikahan Coach Yin.
“Buat apa nak jadi pelarian? Masa bila saya nyorok (menyorok)? Ada ke awak nampak saya nyorok? Saya bukan menyorok, saya hanya mendiamkan diri daripada IG (Instagram) je.
“Sikit pun kita tak menyorok. Buat apa kita nak menyorok…Tak baik kata kita menyorok tau…Muka cantik macam ni nak nyorok? Baik tak payah jadi cantik kan?”, katanya.
Selain itu Sajat turut menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dia bersembunyi kerana bimbang dicekup pihak berkuasa.
“Merepek je korang ni…Menyorok sebab takut kena tangkap polis lah ape lah!,” katanya.
Tambah Sajat lagi, pihak berkuasa tidak mencarinya kerana yakin polis mempunyai urusan dan kes yang lebih penting.
Usahawan tersebut turut menegur beberapa netizen yang lantang menuduhnya keluar dari agama Islam.
“Suka hati je kata kita murtad,” katanya sambil menyekat beberapa netizen.
Rakaman tersebut juga merupakan kemunculan pertama Sajat secara langsung di Instagram sejak menjadi buruan JAIS dan polis.
Terdahulu, mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atas usahawan tersebut pada bulan Februari selepas dia gagal menghadiri prosiding sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.
Sejak itu Sajat dipercayai menghilangkan diri dan gagal dikesan.