Tak Balik Kampung Sambut Raya, Lesty Sedih Tak Dapat Jumpa Keluarga Besar

Kamaruddin Razal
Mei 28, 2020 20:25 MYT
Penyanyi dangdut popular Indonesia, Lesty Andryani mengakui sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini agak berbeza kerana dia tidak dapat meraikannya bersama keluarga besar.
Memetik laporan WartakotaLive.com, Lesty hanya menyambut Syawal secara sederhana di Jakarta kerana penularan wabak COVID-19.
"Setiap tahun saya pasti akan pulang ke kampung halaman di Cianjur, Jawa Barat bagi meraikan lebaran. Dek kerana pandemik COVID-19 tahun ini, saya memutuskan untuk menyambutnya di Jakarta sahaja.
"Sambutan Ramadan dan Syawal tahun ini sangat berbeza dan saya akui saya rasa sedih kerana tak dapat bersua muka dengan keluarga besar di kampung. Sekarang, semuanya tidak boleh dilakukan dan saya akur dengan saranan pemerintah untuk terus duduk di rumah sahaja," katanya.
Dalam perkembangan lain, sinetron lakonan Lesty, Kuch Kuch Dangdut kini sedang disiarkan di Astro Aura HD!
Jika anda meminati muzik dangdut dan gemarkan filem-filem Hindustan, jangan lepaskan peluang untuk menonton Kuch Kuch Dangdut!
Pernah ditayangkan pada tahun 2015 di Indonesia, sinetron Kuch Kuch Dangdut mendapat perhatian peminat di sana!
Menampilkan lakonan Lesty dan aktor Bollywood, Arun Rana, pastinya naskhah Kuch Kuch Dangdut ini bakal menarik hati mereka yang menggemari elemen dangdut dan Hindustan!
Jangan lupa saksikan Kuch Kuch Dangdut setiap Isnin hingga Ahad, jam 9 malam di Astro Aura HD saluran 113!
Bermula 23 Mei, dua buah saluran HD baharu iaitu Astro Rania HD (112) dan Astro Aura HD (113) dilancarkan buat pertama kali menerusi Pakej Indo Pek yang turut diperbaharui dengan pengisian lebih padat, dinamik dan terkini merangkumi pelbagai genre untuk hiburan tontonan seisi keluarga.
Saluran Astro Aura HD (113) menawarkan variasi kandungan hiburan popular yang memfokuskan kepada program berkonsepkan genre muzik terutamanya irama dangdut menerusi program variasi, sinetron dan sebagainya.
Sebagai pengenalan dan tanda penghargaan sempena musim perayaan Aidilfitri, akses pratonton komplimentari untuk saluran Astro Rania HD dan Astro Aura HD ini juga akan dibuka istimewa buat kesemua pelanggan Astro mulai 23 Mei hingga 30 Jun 2020.
Untuk pilihan yang fleksibel, ia turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan ‘On Demand’.
#Astro Aura #Kuch Kuch Dangdut #Lesty