gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Khalyn Terima Penyingkiran Dengan Hati Terbuka, Sedia Bangkit Semula - “Saya Percaya Pada Rezeki…”
HIBURAN
Alasan Revalina S Temat Tak Mahu Bawa Watak Jahat, Tidak Ambil Penggambaran Hujung Minggu
BERITA
Polis Buru Kumpulan Penunggang Basikal Halang Laluan Bas
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

TERKINI

Tak Balik Rumah, Petani Ditemui Mati Dalam Perut Ular Sawa

Gempak
Gempak
07/07/2025
20:31 MYT
Sponsor Banner
Tak Balik Rumah, Petani Ditemui Mati Dalam Perut Ular Sawa

Seorang petani lelaki berusia 61 tahun ditemukan maut dalam perut seekor ular sawa selepas dilaporkan tidak pulang ke rumah semalaman sejak keluar ke kebun.

Mangsa, yang dikenali sebagai LN, berasal dari Dusun Lakulepa, Kelurahan Majapahit, Kecamatan Batauga, dilaporkan keluar dari rumahnya menuju ke kebun pada Jumaat pagi (4 Julai 2025) sekitar jam 7.00 pagi waktu tempatan dengan menunggang motosikal.

Namun, sehingga keesokan harinya, Sabtu (5 Julai 2025), dia masih belum pulang ke rumah, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli keluarga dan penduduk kampung.

Seorang jiran memaklumkan bahawa LN sepatutnya mempunyai urusan pada pagi Sabtu itu, namun gagal dihubungi. Keluarganya kemudian menyedari bahawa LN tidak pulang ke rumah sejak pagi Jumaat.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, ahli keluarga bersama penduduk tempatan terus ke kebun bagi mencari mangsa.

Setibanya di lokasi, mereka hanya menemui motosikal milik LN yang masih terparkir di tepi jalan berhampiran kebun. Usaha mencari diteruskan sehingga mereka menemui seekor ular sawa besar dengan perut yang kelihatan membuncit kira-kira beberapa ratus meter dari pondok kebun mangsa, sekitar jam 4.30 petang waktu tempatan.

Curiga dengan saiz perut ular tersebut, penduduk kemudian menangkap dan membelah perut reptilia berkenaan. Detik mengerikan itu sempat dirakam dalam video yang tular di media sosial.

Dalam rakaman tersebut, penduduk kampung dilihat mengelilingi ular itu sambil perlahan-lahan membelah perutnya. Setelah beberapa minit, jasad LN ditemukan dalam keadaan utuh di dalam perut ular sawa itu, mencetuskan jeritan histeria dalam kalangan penduduk yang menyaksikannya.

Mayat mangsa kemudiannya dikeluarkan dan dibawa pulang ke rumah keluarganya sekitar jam 4.20 petang.

Seorang penduduk tempatan, Arif, ketika dihubungi media, mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa LN merupakan warga tempatan.

"Mangsa berasal dari Lakulepa, Majapahit. Ditemukan telah ditelan oleh ular sawa ketika musim hujan," katanya.

Kejadian ini sekali lagi mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat terhadap ancaman ular sawa, terutamanya di kawasan kebun dan hutan pada musim hujan.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Maut
#Ular Sawa
#Petani
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement