Tak Bantu Warga Asing Minta Sedekah, Netizen Puji Tindakan Zakat Selangor

Gempak
Disember 29, 2023 12:55 MYT

Sayu hati netizen apabila kisah sebuah keluarga yang dilihat meminta sedekah berdekatan sebuah cawangan bank di Ampang Point tular di Platform X baru-baru ini.

Banyak yang menzahirkan rasa sedih dan simpati melihat situasi tersebut, termasuk kru Zakat Selangor yang turut turun padang bagi menyantuni keluarga berkenaan.

BERITA TRENDING: Pengemis Biadap, Ludah Cermin Kereta Sebab Pemandu Tak Bagi Duit

Bagaimanapun, menerusi entri yang dimuat naik oleh institusi berkenaan, keluarga yang ingin dibantu itu gagal ditemui, sebaliknya mereka menjumpai beberapa warga Rohingnya yang meminta sedekah.

“Kami dah turun untuk santuni mereka petang tadi, tapi mereka tak ada. Tapi lain pula yang kami jumpa,” tulis pertubuhan itu.

Kami dah turun untuk santuni mereka petang tadi, tapi mereka tak ada. Tapi lain pula yang kami jumpa... https://t.co/6FRDmxN6b2 pic.twitter.com/hzHDZnRMb7

— Zakat Selangor (@zakatselangor) December 28, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, pertubuhan berkenaan turut menerangkan bahawa mereka tidak boleh membantu warga itu kerana terikat dengan akta tertentu.
Perkongsian itu meraih perhatian netizen di mana rata-ratanya memuji tindakan yang diambil oleh Zakat Selangor sambil menyifatkan kebanyakkan warga asing meminta sedekah atas dasar tabiat dan bukannya kerana kesusahan hidup.
Setakat artikel ini ditulis, video itu meraih lebih 200,000 tontonan dan 800 tanda suka di Platform X.
Sumber: Platform X

#Viral #Sedekah #Warga Asing