Hiburan
Tak Bayar Sewa Dua Bulan, Premis Perniagaan Fesyen Milik Usahawan Terkenal Terima Waran Distres
Heboh di media sosial kini apabila tular dakwaan sebuah premis perniagaan milik usahawan terkenal tanah air dikenakan notis perintah Waran Distres.
Tak Bayar Sewa Cecah RM60 Ribu
Menerusi perkongsian yang tular itu, waran tersebut menuntut penyewa premis perniagaan tersebut menjelaskan bayaran sewa tertunggak selama dua bulan iaitu sebanyak RM67,872.00 yang perlu dibayar kepada sebuah pusat beli belah.Dalam waran tersebut menyatakan premis perniagaan fesyen itu mempunyai tunggakan sewa dari bulan Oktober 2024 sehingga November 2024.
Waran tersebut membolehkan pemilik premis menyita dan menjual barang-barang penyewa yang masih berada di dalam premis tersebut.
Sehingga kini tiada kenyataan dikeluarkan oleh syarikat perniagaan tersebut mahupun usahawan tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Rumah Milik Aktor Terkenal Dilelong Pada Harga Setengah Juta
ARTIKEL BERKAITAN: Dah 3 Kali Lelong, Banglo Mewah Milik Sajat Turun Harga Lagi
ARTIKEL BERKAITAN: Tular Sebuah Kajian Dedah Tingkah Laku Vivy Yusof Seorang ‘Humblebrag Dalam Media Sosial’ - "Sentiasa Complain Tapi..."
ARTIKEL BERKAITAN: “Sengaja Atau Tidak Sengaja, Suami Wajib Bayar Hutang Nafkah Tertunggak” - Ustaz Azhar Idrus
Must-Watch Video