Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Tak Bayar Sewa Dua Bulan, Premis Perniagaan Fesyen Milik Usahawan Terkenal Terima Waran Distres

Khairil Khusyairi 10/01/2025 | 06:50 MYT
Heboh di media sosial kini apabila tular dakwaan sebuah premis perniagaan milik usahawan terkenal tanah air dikenakan notis perintah Waran Distres.

Tak Bayar Sewa Cecah RM60 Ribu

Menerusi perkongsian yang tular itu, waran tersebut menuntut penyewa premis perniagaan tersebut menjelaskan bayaran sewa tertunggak selama dua bulan iaitu sebanyak RM67,872.00 yang perlu dibayar kepada sebuah pusat beli belah.
Dalam waran tersebut menyatakan premis perniagaan fesyen itu mempunyai tunggakan sewa dari bulan Oktober 2024 sehingga November 2024.
Waran tersebut membolehkan pemilik premis menyita dan menjual barang-barang penyewa yang masih berada di dalam premis tersebut.
Sehingga kini tiada kenyataan dikeluarkan oleh syarikat perniagaan tersebut mahupun usahawan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah Milik Aktor Terkenal Dilelong Pada Harga Setengah Juta

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 3 Kali Lelong, Banglo Mewah Milik Sajat Turun Harga Lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Tular Sebuah Kajian Dedah Tingkah Laku Vivy Yusof Seorang ‘Humblebrag Dalam Media Sosial’ - "Sentiasa Complain Tapi..."

ARTIKEL BERKAITAN: “Sengaja Atau Tidak Sengaja, Suami Wajib Bayar Hutang Nafkah Tertunggak” - Ustaz Azhar Idrus

#Fesyen #Waran #Usahawan #Sewa #Premis #Terkenal #Tunggakan #Distres
;