Laman Utama

Tak Beli Baju Ibu Hamil, Rihanna: “Badan Saya Sedang Bekerja Dengan Hebat

gempak
Maliah Surip
13/04/2022
14:27 MYT
Sponsor Banner
Tak Beli Baju Ibu Hamil, Rihanna: “Badan Saya Sedang Bekerja Dengan Hebat
Pesohor Rihanna sedang menikmati fasa menjadi seorang wanita hamil. Sejak hamil, penyanyi ini sekalipun tidak pernah menyembunyikan perubahan yang terjadi pada bentuk tubuhnya.
Dia malah dilihat bangga mempamerkan proses perubahan bentuk badan seorang wanita hamil dengan perut yang semakin membesar. Hal itu ditunjukkannya lewat banyak penampilan saat muncul di khalayak.
Menjadi wajah depan Vogue, Rihanna mengaku dia tidak mempunyai sebab untuk membeli pakaian ibu mengandung sebaik tahu dirinya hamil.
“Apabila sedar saya hamil, saya cakap kepada diri sendiri ‘jangan harap saya akan membeli belah baju mengandung.
“Minta maaf kerana saya rasa rugi untuk tidak bermain dengan fesyen dalam fasa ini,” kata Rihanna dalam temubual tersebut.
Alasan teman hidup A$AP ini: “Saya tidak akan menghilangkan momen hebat ini hanya sebab badan sedang mengalami perubahan (hamil).”
Perempuan berusia 34 tahun ini kemudian dengan yakin mengatakan tidak perlu malu apabila bentuk badan berubah hanya kerana hamil.
“Badan saya sedang bekerja dengan sangat hebat dan saya tidak malu mengenainya.
“Ini adalah momen yang perlu diraikan kerana mengapa kita perlu malu dan bersembunyi apabila hamil?”katanya lagi.
Dalam temubual sama, Rihanna mendedahkan dia dan A$AP tidak pernah merancang untuk memiliki anak atau tidak mempunyai zuriat selepas menjalin hubungan yang serius.
“Kami tidak merancang untuk kedua duanya,” kata Rihanna santai.
Sementara itu The News International melaporkan Rihanna tidak bercadang untuk mendedahkan jenis jantina anak yang akan dilahirkannya dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024