Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat, 29, berkongsi realiti sebenar fesyen Outfit of The Day (OOTD) golongan pekerja yang diarah Bekerja Dari Rumah oleh majikan sepanjang pandemik Covid-19.

Menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya, @aydajebat memperlihatkan pose Ayda menyarung top seakan blazer rona merah jambu cair sambil berkain pelekat itu pantas mencuri perhatian umum.

“WFH OOTD gais! Kalau saya shoot sekarang, atas elok, bawah pakai la apa pun. Kain sarung ka, seluar tidur ka. Kan Work From Home. Korang pun sama kan?” soalnya mengambil situasi sama yang berlaku setiap kali dia bekerja di lokasi penggambaran.

Bahagia menjalani fasa kehamilan selepas mendirikan rumah tangga dengan pengacara, Nabil Mahir, 33, awal tahun ini, Ayda mengaku tidak memiliki koleksi pakaian mengandung walaupun sepasang.

“Saya takde satu pun baju pregnant. Tak perlu la sebab tak pergi mana pun. Takyah membazir."

“Jadi semua baju Nabil, baju tidur sampai ke boxer dia saya sebat. Berangin! Normal kan buk? tulis pelantun lagu Temberang itu
.
Menjadi kebiasaan buat wanita berbadan dua apabila gemar menyarung pakaian longgar bagi memudahkan pergerakan ditambah ingin sentiasa berasa nyaman.

Ayda yang bakal melahirkan bayi sulungnya pada Oktober ini sempat berkongsi tanda pagar; #AydaJebat #WFHOOTD #MakeItFashion #PoseMacamPhotoshoot #SeluarTidurNabilPunBoleh sebelum entrinya ditutup.

Hantaran itu setakat artikel ini ditulis menerima 19,166 tanda suka dengan 158 komen daripada peminat.

Instagram: @aydajebat