Agensi pengurusan pelakon terkenal Korea, Lee Jong Suk, A-Man Project menafikan hubungan cinta aktor itu dengan aktres, Nara.

Menurut agensinya, walaupun hubungan percintaan mereka hangat diperkatakan di media sosial namun berita tersebut tidak benar.

“Spekulasi mengenai hubungan cinta antara Jong Suk dan Nara sama sekali tidak benar. Berita itu adalah palsu semata-mata.

“Seperti yang semua tahu, Jong Suk dan Nara hanya berkawan rapat. Sekadar hubungan antara senior dan junior sahaja.

Terdahulu, pasangan ini dikatakan bercinta selepas laporan mengatakan Jong Suk telah berjaya meyakinkan Nara untuk bernaung di bawah agensinya sendiri.

Jong Suk dan Nara juga sering dilihat keluar bersama di cafe milik aktor tersebut, 89 Mansion.

Jong Suk kini sedang menjalani latihan khidmat ketenteraan yang bermula sejak Mac lalu.