Pelakon dan anggota Running Man, Lee Kwang Soo memberitahu tidak berbicara mengenai soal kerja ketika keluar bersama kekasih, Lee Sun Bin.

Menurut Kwang Soo, walaupun mereka dalam satu bidang yang sama namun mereka keluar bertemu janji secara normal sama seperti pasangan lain.

“Kami dating macam orang biasa, kami buat apa yang dilakukan seperti pasangan lain. Berbual mengenai kehidupan harian.

“Kami tidak bercakap mengenai hal kerja, projek istimewa mahu pun berlakon bersama. Kami memang menghabiskan masa sama seperti orang lain.

“Setakat ini hubungan kami berdua juga okay dan tidak ada sebarang masalah,” ujarnya.

Dalam perkembangan terbaru, Kwang Soo kini sibuk mempromosikan filem terbarunya, Inseparable Bros.

Terdahulu, Kwang Soo dan Sun Bin mendedahkan hubungan cinta mereka kepada umum pada bulan Desember tahun lepas.

Sumber: Allkpop